Port Dickson
bandar di Negeri Sembilan, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Port Dickson (sebutan dalam loghat tempatan: Podeksen; Jawi: ڤورت ديكسن; juga disingkat sebagai PD) adalah sebuah bandar peranginan pantai yang terkenal, terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan, selepas Seremban.
Port Dickson
Podeksen Tanjung Kemuning | |
---|---|
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | ڤورت ديكسن |
Etimologi: John Frederick Dickson, Setiausaha Negeri-negeri Selat | |
Nama panggilan: PD, Bandar Tentera Darat, Pantai Peranginan Negara | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Port Dickson |
Luak | Sungai Ujong |
Ditubuhkan | 1889 |
Pentadbiran | |
• Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson | Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa |
• Ahli Parlimen Port Dickson | Dato Seri Aminuddin Harun |
Penduduk | |
• Jumlah | 115,631 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Laman sesawang | Majlis Perbandaran Port Dickson |
Berhadapan dengan Selat Melaka, Port Dickson menawarkan pantai-pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk penduduk tempatannya berehat, berkelah, berenang dan sebagainya. Antara pantai-pantai yang ada di bandar ini termasuklah Teluk Kemang dan Tanjung Biru (Blue Lagoon).
Bersama-sama dengan Seremban, Port Dickson adalah sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0), iaitu sebuah kawasan pembangunan yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan, dari Nilai di utara sehingga Port Dickson di selatan.