Primera División Argentina
From Wikipedia, the free encyclopedia
Primera División (Sebutan Sepanyol: [pɾiˈmeɾa ðiβiˈsjon]; bahasa Inggeris: "First Division"code: en is deprecated atau bahasa Melayu: "Liga Divisyen") dikenali juga sebagai Liga Profesional de Fútbol, atau Torneo Binance sebab penajaan, ialah tingkatan liga profesional tertinggi di Argentina,[6] perlawanan liga diawasi oleh Persekutuan bola sepak Argentina atau Argentine Football Association (AFA).
Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Negara | Argentina |
---|---|
Konfederasi | CONMEBOL |
Ditubuhkan | 12 April 1891; 133 tahun yang lalu (1891-04-12)[1][2] |
Musim pertama | 1891 |
Bilangan pasukan | 28 (2022) |
Disingkirkan ke | Primera Nacional |
Aras | Tahap 1 |
Piala antarabangsa | Copa Libertadores Copa Sudamericana |
Juara semasa | River Plate (2023) (gelar ke-38) |
Kejuaraan terbanyak | River Plate (gelar ke-38)[3][4] |
Rakan TV | ESPN Premium TNT Sports (Argentina)[5] Senarai penyiar antarabangsa |
Tapak sesawang | ligaprofesional.ar |
Argentine Primera División 2023 |
Liga ini beroperasi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran. Pasukan yang berkedudukan di peringkatan terakhir akan disingkirkan ke Primera Nacional, kasta ke-2 dalam liga bola sepak Argentina. Sedari 2020, tatatertib liga seperti relegasyen belum dapat digalakkan semula sebab pandemik COVID-19.
Kejohanan pertama diasas dari tahun 1891,[7] Argentina menjadi negara selain daripada United Kingdom (Liga Perdana Inggeris wujud tahun 1888, dan Liga Perdana Scotland sederum Liga Perdana Ireland Utara tahun 1890) yang berjaya mengasas liga bola sepak.[8] Pada tahun-tahun awal, hanya kelab dari wilayah Buenos Aires, Greater Buenos Aires, La Plata dan Rosario[9] yang mampu menyertai kejohanan kenegaraan. Pasukan dari bandar-bandar lain baru menyertai beberapa masa lepas.
Argentine Primera División dirasmikan sebagai liga profesional pada tahun 1931 ketika 18 kelab membangkang dari liga lama bagi menubuhkan liga binaan mereka. Bermulalah, musim perlawanan sesuai jadual yang kita kenali sehingga kini.
Kejohanan Argentina disenaraikan sebagai satu daripada 10 liga bola sepak besar dan terkuat di peringkat antarabangsa pada tahun 2015 oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak atau International Federation of Football History and Statistics (IFFHS) yang berpangkalan di Leipzig. Argentina berkedudukan di peringkat ke-4 di bawah kedudukan La Liga (Sepanyol), Serie A (Itali), dan Bundesliga (Jerman), tetapi semasa kini Argentina berada di nombor 19 menurut data terbaharu 2021.[10]