Ptolemy
From Wikipedia, the free encyclopedia
Klaudios Ptolemaios (bahasa Yunani: Κλαύδιος Πτολεμαῖος, bahasa Latin: Claudius Ptolemaeus) atau ringkasnya Ptolemaios (bahasa Yunani: Πτολεμαῖος, bahasa Inggeris: Ptolemy; kk. 90 M – kk. 168M) adalah ahli geografi, ahli astronomi dan ahli astrologi berbangsa Yunani yang pernah duduk di Iskandariah, provinsi Mesir dalam empayar Rom.
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Ptolemaios
Fakta Segera PtolemaiosΠτολεμαῖοςPtolemaeusPtolemy, Kelahiran ...
Ptolemaios Πτολεμαῖος Ptolemaeus Ptolemy | |
---|---|
Kelahiran | sekitar AD 90 Mesir Romawi |
Meninggal dunia | sekitar AD 168 |
Pekerjaan | Ahli matematik, geografi, astronomi, kaji bintang |
Tutup
Beliau ialah penulis banyak karya sains, tiga daripadanya adalah amat mustahak kepada sains Islam dan Eropah yang berikut:
- karya astronomi Mathematike Syntaxis (Sila lihat: Sistem Ptolemaios.)
- Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis yang merupakan perbincangan pengetahuan geografi mengenai dunia Yunani-Romawi.
- karya astrologi yang dikenali sebagai Tetrabiblos ("Empat buku") dan yang mana beliau cuba menyesuaikan astrologi horoskop kepada falsafah semula jadi Aristoteles.