From Wikipedia, the free encyclopedia
Anak mata (Jawi: انق مات) atau pupil (Jawi: ڤوڤيل) merupakan suatu bukaan atau lubang kecil yang berwarna hitam dan telus terletak di tengah iris mata di mana ia berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina.[1] Jumlah cahaya tersebut dikawal oleh otot-otot iris yang mengembangkan dan mengecilkan saiz anak mata.[2]
Anak mata | |
---|---|
Butiran | |
Sistem | Sistem penglihatan |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Pupilla (Jamak: Pupillae) |
MeSH | D011680 |
TA | A15.2.03.028 |
FMA | FMA:58252 |
Terminologi anatomi |
Anak mata kelihatan berwarna hitam kerana sinar cahaya memasukinya sama ada ia diserap oleh tisu-tisu di dalam mata secara langsung, atau diserap selepas meresap pantulan dalam mata yang kebanyakannya terlepas keluar daripada anak mata yang sempit. Anak mata manusia berbentuk bulat manakala beberapa spesies lain seperti sesetengah kucing mempunyai anak mata dengan celah menegak, kambing dengan anak mata celah melintang dan sesetengah ikan keli memiliki jenis anak mata anulus.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.