![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e6/1885_Alice.jpg/640px-1885_Alice.jpg&w=640&q=50)
Puteri Alice dari Battenberg
From Wikipedia, the free encyclopedia
Puteri Alice dari Battenberg (Victoria Alice Elizabeth Julia Marie; 25 Februari 1885 – 5 Disember 1969) merupakan bonda Putera Philip dan bonda mertua Ratu Elizabeth II.
Puteri Alice | |||||
---|---|---|---|---|---|
Puteri Andrew dari Yunani dan Denmark | |||||
![]() Puteri Alice pada tahun 1906 | |||||
Keputeraan | (1885-02-25)25 Februari 1885 Istana kota Windsor, Berkshire, England | ||||
Kemangkatan | 5 Disember 1969(1969-12-05) (umur 84) Istana Buckingham, London, England | ||||
Pemakaman | 10 Disember 1969 Gereja Kecil St George, Istana Kota Windsor (1969–1988) 3 Ogos 1988 Gereja Mary Magdalene, Gethsemane, Baitulmaqdis (sejak 1988) | ||||
Pasangan | Putera Andrew dari Yunani dan Denmark (k. 1903; mangkat 1944) | ||||
Anakanda | Margarita, Puteri Hohenlohe-Langenburg Theodora, Margravine Baden Cecilie, Waris Grand Duchess Hesse Sophie, Puteri George dari Hanover Putera Philip, Duke Edinburgh | ||||
| |||||
Kerabat | Battenberg | ||||
Ayahanda | Putera Louis dari Battenberg | ||||
Bonda | Puteri Victoria dari Hesse dan oleh Rhine | ||||
Tandatangan | ![]() |
Merupakan cicitnda Ratu Victoria, baginda diputerikan di Istana kota Windsor dan membesar di United Kingdom, Empayar Jerman, dan Mediterranean. Seorang puteri Hesse sejak keputeraan, baginda merupakan ahli keluarga Battenberg, cabang morganatik Kerabat Hesse-Darmstadt. Baginda pekak sejak diputerakan. Selepas mengahwini Putera Andrew dari Yunani dan Denmark pada tahun 1903, baginda menerima pakai gelaran suaminya, menjadi Puteri Andrew dari Yunani dan Denmark. Baginda bersemayam di Yunani sehingga kebanyakan Kerabat diraja Yunani dibuang negeri pada tahun 1917. Apabila berangkat kembali ke Yunani beberapa tahun kemudian, suaminya disalahkan sebahagian kerana negaranya tertewas dalam Perang Yunani-Turki (1919–1922), dan kerabat diraja tersebut sekali lagi dipaksa dibuang negeri sehingga pengembalian pemerintahan beraja Yunani pada tahun 1935.
Pada tahun 1930, baginda didiagnos dengan skizofrenia dan dimasukkan ke sanatorium di Switzerland; kemudian, baginda bersemayam berpisahan dengan suaminya. Selepas baginda pulih, baginda mengabdikan kebanyakan saki-baki hidupnya untuk kerja amal di Greece. Baginda bersemayam di Athens semasa Perang Dunia Kedua, memberi pelarian Yahudi perlindungan, oleh sebab itu baginda diiktiraf sebagai "Muhsin Dalam Kalangan Bangsa" oleh institusi peringatan Holokus Israel, Yad Vashem. Selepas perang, baginda bersemayam di Greece dan menunuhkan darjah jururawat Ortodoks Yunani biarawati dikenali sebagai Perkumpulan Agama Wanita Kristian Martha dan Mary.
Selepas jatuhnya Raja Constantine II dari Yunani dan Yunani dikenakan pemerintahan tentera pada tahun 1967, baginda dipersilakan oleh paduka puteranya dan paduka puteri menantunya untuk bersemayam bersama di Istana Buckingham di London, di mana baginda mangkat di sana dua tahun kemudian. Jasadnya dipindahkan dari makam di tempat keputeraannya, Istana Kota Windsor, ke biara Ortodoks Rusia, Gereja Mary Magdalene, di Bukit Zaitun di Baitulmaqdis pada tahun 1988.