Rainbow
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rainbow (Hangul: 레인보우) adalah sebuah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang dibentuk oleh DSP Media pada tahun 2009. Kumpulan ini terdiri daripada tujuh orang ahli iaitu: Woori, Seungah, Jaekyung, Noeul, Yoonhye, Jisook dan Hyunyoung. Mereka mengeluarkan album mini pertama mereka Gossip Girl pada 12 November 2009 dan sejak itu mereka mengeluarkan dua album studio (satu Korea dan satu Jepun) dan lima album mini, Pada bulan Oktober 2016, DSP Media mengumumkan bahawa Rainbow akan dibubarkan selepas tujuh tahun kerana kontrak mereka tamat. Pada bulan November 2019, kumpulan ini telah kembali semula untuk ulang tahun kesepuluh mereka.