From Wikipedia, the free encyclopedia
Retina (dari Latin rēte, "jaring") merupakan lapisan tisu peka cahaya yang menggarisi permukaan dalam mata. Optik mata menghasilkan gambaran alam pada retina yang lebih kurang sama fungsinya dengan filem kamera. Cahaya yang menyentuh retina memulakan peristiwa kimia dan elektrik melata-lata yang akhirnya mencetuskan impuls saraf yang disampaikan ke pelbagai pusat penglihatan dalam otak melalui gentian saraf optik.
Retina | |
---|---|
Butiran | |
Arteri | arteri retina tengah |
Pengenalpastian | |
MeSH | D012160 |
TA | A15.2.04.002 |
FMA | FMA:58301 |
Terminologi anatomi |
Retina merupakan struktur yang berlapis-lapiskan neuron yang disalinghubungkan oleh sinaps. Neuron yang peka kepada cahaya secara langsung adalah sel fotopenerima yang terdiri daripada dua jenis, iaitu sel batang dan sel kerucut. Sel batang berfungsi terutamanya dalam cahaya malap dan membekalkan penglihatan hitam putih, sementara sel kerucut menyokong penglihatan waktu siang dan pencerapan warna. Jenis sel fotopenerima ketiga yang lebih jarang iaitu sel ganglion fotopeka adalah penting untuk tindak balas refleks kepada cahaya siang yang terang.
Isyarat neuron dari sel-sel batang dan kerucut ini menjalani pemprosesan oleh neuron-neuron retina yang lain. Hasilnya berbentuk potensi tindakan dalam sel ganglion retina yang akson-aksonnya membentuk saraf optik. Sesetengah ciri-ciri penting deria penglihatan boleh dijejaki kepada pengekodan dan pemprosesan cahaya dalam retina.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.