Sellapan Ramanathan
Presiden Singapura keenam / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sellapan Ramanathan[1] (sebutan: /ˈsɛləpən rɑːməˈnɑːðən/; Bahasa Tamil: செல்லப்பன் ராமநாதன், Cellappaṉ Rāmanātaṉ [?]; 3 Julai 1924 – 22 Ogos 2016)[2] atau lebih dikenali sebagai S.R. Nathan merupakan Presiden Republik Singapura yang memegang jawatan selama 12 tahun, dari 1999 hingga 2011. Beliau dipilih sebagai Presiden dalam pilihan raya tanpa bertanding pada tahun 1999 dan 2005. Pada 2009, beliau mengambil alih jawatan Benjamin Sheares sebagai Presiden Singapura yang paling lama berkhidmat.
S. R. Nathan BBM PPA DUT | |
---|---|
செல்லப்பன் ராமநாதன்code: ta is deprecated Cellappaṉ Rāmanātaṉ | |
Presiden Singapura ke-6 | |
Dalam jawatan 1 September 1999 – 1 September 2011 | |
Perdana Menteri | Goh Chok Tong Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Ong Teng Cheong |
Digantikan oleh | Tony Tan Keng Yam |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sellapan a/l Ramanathan (1924-07-03)3 Julai 1924 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 22 Ogos 2016(2016-08-22) (umur 92) Hospital Besar Singapura |
Parti politik | Bebas |
Pasangan | Urmila Nandey |
Alma mater | Universiti Malaya |
Profesion | Pekerja awam |
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Anglo-Cina, Rangoon Road Afternoon School dan Sekolah Victoria. Beliau mula bekerja sebelum tamat pengajian di sekolah. Selepas Perang Dunia II, sambil bekerja, beliau belajar bersendirian sehingga ke peringkat menengah dan berjaya mendaftarkan diri ke Universiti Malaya di Singapura. Di situ, beliau berjaya meraih Diploma dalam jurusan Pengajian Kemasyarakatan (Kepujian). Nathan seterusnya memulakan kerjayanya bersama Perkhidmatan Awam Singapura pada tahun 1955 dan telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan kerajaan sebelum dilantik sebagai Presiden.
Bagi menghargai sumbangannya kepada negara, kerajaan Singapura telah menganugerahkan beliau Bintang Bakti Masyarakat pada tahun 1964, Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada tahun 1967 dan Pingat Jasa Gemilang pada tahun 1974.