Orang Samaria
From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Samaritan (Ibrani: שומרוניםcode: he is deprecated Shomronim), dikenali dalam Talmud sebagai Kuthim (Ibrani: כותיםcode: he is deprecated ), ialah satu kumpulan etnik di Levant. Secara etnik, mereka berketurunan dari sebuah kumpulan penduduk Bani Israil yang mempunyai hubungan dengan Samaria kuno sejak permulaan Buangan Babylon hingga permulaan Tahun Masihi, dan zaman Nabi Musa. Bagaimana pun, orang Samaritan menyatakan bahawa nama mereka bukan berasal daripada gelaran geografi ini, tetapi lebih kepada istilah שַמֶרִים (Shamerim), "penjaga [undang-undang Musa]".]”.[perlu rujukan] Secara keagamaan, mereka adalah penganut Samaritanisme, satu agama yang berasaskan Torah. Orang Samaritan mendakwa bahawa sembahan mereka (yang berlainan daripada aliran utama agama Yahudi) adalah agama Bani Israil kuno yang benar, yang wujud sebelum Haikal Sulaiman.
Jumlah penduduk | |
---|---|
712 (2007)[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Tebing Barat (Gunung Gerizim), Israel (kebanyakannya di Holon) [2] | |
Bahasa | |
keagamaan: bahasa Ibrani Samaria, bahasa Aramia Samaria percakapan: bahasa Ibrani, bahasa Arab Palestin | |
Agama | |
Samaritanisme (Hampir keseluruhannya Undang-undang Torah tidak berubah) |