Sasyimi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sasyimi[1] atau sashimi (刺身code: ja is deprecated ) adalah makanan Jepun berupa makanan laut seperti ikan, kerang, dan udang kara atau daging segar yang terus dimakan dalam keadaan mentah begitu sahaja bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia segar atau jeruk, dan wasabi.[2][3] Makanan ini dihidangkan dalam bentuk hirisan kecil yang mudah dimakan, sedangkan udang yang berukuran kecil ada yang hanya dikupas kulit dan dibuang kepalanya saja.
Sashimi juga bermaksud menikmati sesuatu dalam keadaan mentah, bermula dari potongan mentah daging kuda (basashi), daging ayam (torisashi), hati ayam atau hati lembu.[4] Di daerah Kansai, sasyimi lebih dikenali dengan sebutan O-tsukuri.