![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/95/US-Canada_border_counties.png/640px-US-Canada_border_counties.png&w=640&q=50)
Sempadan Amerika Syarikat–Kanada
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sempadan Kanada-Amerika Syarikat menandakan sempadan di antara Kanada dan Amerika Syarikat. Sempadan tanah adalah terdiri daripada dua bahagian. Satu antara selatan Kanada dan Utara Amerika Syarikat 6414km manakala satu lagi dari Barat Kanada dan Alaska 2477km.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/95/US-Canada_border_counties.png/640px-US-Canada_border_counties.png)
Sempadan ini merupakan sempadan tanah terpanjang di dunia antara dua negara. Sesetengah sempadan maritim masih subjek pertikaian antara kedua-dua negara. Ia juga merupakan sempadan yang paling lama tanpa jaminan di dunia [1]. Keselamatan sempadan dipastikan bersama oleh Peronda Sempadan Amerika Syarikat dan Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada.
Sempadan ini juga ada yang kelainnya seperti Air Terjun Niagara, air terjun yang boleh dilihat melalui kedua-dua negara iaitu Kanada dan Amerika Syarikat di wilayah Ontario iaitu di Kanada dan New York di Amerika Syarikat.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4e/Portalcan.jpg/640px-Portalcan.jpg)