Senarai lukisan termahal
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Berikut adalah senarai harga termahal yang telah dibayar untuk sesebuah lukisan. Lukisan-lukisan yang sangat bernilai, biasanya tidak dijual di lelongan awam.
Lukisan-lukisan paling terkenal di dunia, terutamanya yang dilukis sebelum tahun 1800, umumnya dimiliki oleh muzium, yang mana amat jarang menjualnya, dan oleh itu, harganya adalah tak ternilai. Guinness World Records telah menyenaraikan lukisan Mona Lisa sebagai sebuah lukisan yang memiliki nilai insurans tertinggi dalam sejarah. Ia telah dinilai pada AS$100 juta pada 14 Disember, 1962, sebelum lukisan dipamerkan ke seluruh Amerika Syarikat untuk beberapa bulan. Walau bagaimanapun, Louvre memutuskan untuk mempertingkat langkah-langkah keselamatan ke atas lukisan ini dan bukannya membayar premium insurans. Mengambil kira faktor inflasi, nilai pada tahun 1962 mungkin bernilai kira-kira AS$670 juta pada tahun 2006.