Penginfarkan miokardium
gangguan bekalan darah ke sebahagian jantung / From Wikipedia, the free encyclopedia
"Serangan jantung" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, lihat Serangan jantung (nyahkekaburan).
Jangan dikelirukan dengan Jantung berhenti.
Penginfarkan miokardium (bahasa Inggeris: myocardial infarction, MIcode: en is deprecated ) atau penginfarkan miokardium akut (bahasa Inggeris: acute myocardial infarction, AMIcode: en is deprecated ) ialah istilah perubatan untuk peristiwa yang biasa dikenali sebagai serangan jantung. Ini terjadi apabila darah berhenti mengalir dengan betul ke bahagian jantung dan otot jantung tercedera kerana tidak menerima oksigen secukupnya. Biasanya ini adalah kerana salah satu arteri koronari yang membekalkan darah ke jantung mengalami sekatan kerana tokokan tidak stabil sel darah putih, kolestrol dan lemak. Peristiwa ini dipanggil "akut" sekiranya berlaku tiba-tiba dan berkeadaan parah.