Serbia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Serbia (Jawi: سربياcode: ms is deprecated ), secara rasminya Republik Serbia (Serbia: Република Србија Republika Srbija), ialah negara dikelilingi daratan di Eropah tengah dan tenggara yang meliputi kawasan pertengahan Semenanjung Balkan dan kawasan Dataran Pannonian. Ibu negaranya Belgrade. Serbia menyempadani:
- Hungary di utara;
- Romania dan Bulgaria di timur;
- Republik Macedonia dan Albania, serta Kosovo di selatan; dan
- Montenegro, Croatia, dan Bosnia dan Herzegovina di barat.
Republik Serbia ريڤوبليك سربياcode: ms is deprecated Република Србија Republika Srbija | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Bože pravde Tuhan yang Adil | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Belgrade | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Serbia | ||||
Bahasa umumyang diakui | Bahasa Hungary, Croatia, Slovakia, Romania, Rusyn Albania | ||||
Demonim | Serbian | ||||
Kerajaan | Republik Semiberpresiden | ||||
• Presiden | Aleksandar Vučić | ||||
• Perdana Menteri | Ivica Dačić | ||||
Penubuhan | |||||
• First state established | abad ke-8 | ||||
• Serbia dan Montenegro dibubarkan | 5 Jun 2006 | ||||
0.13 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2007 | 10,150,265 (ke-80) | ||||
• Bancian Penduduk 2002 | 7,498,001 | ||||
KDNK (PPP) | 2007 | ||||
• Jumlah | $54.310 bilion (ke-72) | ||||
$7,234 (90th) | |||||
Gini (2007) | 24 rendah | ||||
HDI (2004) | 0.811 sangat tinggi · - | ||||
Mata wang | Dinar Serbia ( RSD ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
UTC+2 (CEST) | |||||
Kod panggilan | 381 | ||||
Kod ISO 3166 | RS | ||||
DPT internet | .rs (.yu) |
Selama hampir seabad, Serbia adalah sebahagian daripada pelbagai negeri Slavik Selatan, termasuk Pemerintahan Beraja Serbia, Croatia dan Slovene dari 1918 hingga 1941 (dinamai semula sebagai Pemerintahan Beraja Yugoslavia pada 1929), Persekutuan Sosialis Republik Yugoslavia dari 1945 hingga 1992, Persekutuan Republik Yugoslavia dari 1992 hingga 2003, dan Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro dari 2003 hingga 2006. Selepas Montenegro mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Negeri, Serbia mengisytiharkan kemerdekaannya secara rasmi pada 5 Jun 2006, sebagai negeri pengganti kepada Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro. Pada 15 Jun 2006, Serbia mengiktiraf kemerdekaan Montenegro.