Sergio Agüero
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sergio Leonel "Kun" Agüero (lahir 2 Jun 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Argentina. Pada tanggal 5 Julai 2003, dia menjadi pemain termuda membuat kemunculan sulung di dalam Liga Primera Argentina ketika berumur 15 tahun 35 hari, memecahkan rekod yang sebelum ini dicipta oleh Diego Maradona pada tahun 1976.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Sergio Leonel Agüero | ||
Tarikh lahir | (1988-06-02) 2 Jun 1988 (umur 35) | ||
Tempat lahir | Buenos Aires, Argentina[1] | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 8 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Barcelona | ||
Nombor | 19 | ||
Kerjaya remaja | |||
1997–2003 | Independiente | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2006 | Independiente | 54 | (23) |
2006–2011 | Atlético Madrid | 175 | (74) |
2011–2021 | Manchester City | 275 | (184) |
2021– | Barcelona | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2004 | Argentina B17 | 5 | (3) |
2005–2007 | Argentina B20 | 7 | (6) |
2008 | Olimpik Argentina | 5 | (2) |
2006– | Argentina | 101 | (41) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:57, 23 Mei 2021 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:59, 3 Julai 2021 (UTC) |
Pada tahun 2006, Agüero berhijrah ke Eropah untuk bermain bersama pasukan La Liga, Atlético Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €23 juta dari Independiente. Dia menarik perhatian kelab-kelab terkemuka Eropah dengan menjaringkan 101 gol dalam 234 penampilan serta memenangi Liga Europa UEFA dan Piala Super UEFA pada tahun 2010. Agüero berpindah ke pasukan Liga Perdana Manchester City semasa bulan Julai 2011 dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan walaupun dikatakan dalam jumlah £35 juta. Pada hari terakhir musim pertamanya bersama kelab itu, Agüero menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 94 ketika menentang Queen's Park Rangers membolehkan Manchester City memenangi kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 44 tahun. Ketika tahun 2012, dia memenangi pemain terbaik tahunan Manchester City setelah diundi oleh peminat.
Di peringkat antarabangsa, Agüero mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina bawah 20 tahun ketika Piala Dunia B-20 FIFA edisi 2005 dan 2007 di mana dia memenangi kedua-dua pertandingan. Agüero bermain di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brazil di pusingan separuh akhir dimana Argentina berjaya meraih pingat emas. Agüero dipilih untuk mewakili Argentina di Piala Dunia FIFA 2010, Copa América 2011, Piala Dunia FIFA 2014, Copa América 2015 dan Copa América Centenario.