Sikit Punya Gila
Filem cereka komedi Malaysia 1982 arahan Raja Ismail / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sikit Punya Gila merupakan sebuah filem cereka komedi dan drama Melayu yang diterbitkan oleh Indra Filem Productions Distributions Sdn. Bhd. pada tahun 1982 [1]. Filem ini diklasifikasikan sebagai tayangan umum.
Fakta Segera Sikit Punya Gila, Pengarah ...
Sikit Punya Gila | |
---|---|
Pengarah | Raja Ismail |
Penulis | Raja Ismail |
Dihasilkan oleh | Zain & Zaharan |
Dibintangi | |
Sinematografi | Chan Yiu To |
Disunting oleh | Salehan Shamsuddin |
Muzik oleh | Kassim Masdor |
Diedarkan oleh | Indra Filem Productions Distributions Sdn. Bhd. |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 97 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 469,892.80 |
Tutup
Filem ini telah diarahkan oleh Raja Ismail dan diterbitkan oleh dua orang pemilik syarikat penerbitan tersebut iaitu Zain & Zaharan.
Filem ini seakan-akan kesinambungan kepada filem Setinggan kerana menampilkan tiga orang yang pernah terlibat dalam filem tersebut, iaitu Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek dan Tok Bomoh, tetapi kedua-dua jalan ceritanya jauh berbeza dan filem ini tidak menampilkan sebarang elemen seram yang ada dalam filem tersebut.