Spy × Family
From Wikipedia, the free encyclopedia
Spy × Family (digayakan sebagai SPY×FAMILY, disebut Spy Familycode: en is deprecated , "Keluarga Perisik" dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah siri manga Jepun yang dikaryakan dan diilustrasikan oleh Tatsuya Endo. Manga ini mengisahkan seorang perisik yang perlu "membina keluarga" untuk melaksanakan misi, tanpa menyedari bahawa gadis yang diambilnya sebagai anak angkat serta wanita yang setuju berkahwin palsu dengannya masing-masing punya kuasa membaca minda dan membunuh licik. Ia telah disirikan setiap dua minggu pada aplikasi dan tapak web Shōnen Jump+ Shueisha sejak Mac 2019, dengan bab-bab itu dikumpulkan dalam sembilan jilid tankōbon setakat April 2022. Viz Media telah melesenkan siri ini untuk keluaran Bahasa Inggeris di Amerika Utara.
Spy × Family | |
Genre | Aksi, komedi, pengintipan[1] |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Tatsuya Endo |
Penerbit | Shueisha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōnen |
Pencetakan | Jump Comics+ |
Majalah Asal | Shōnen Jump+ |
Tarikh Pengeluaran | 25 Mac 2019 – kini |
Jilid | 12 (Senarai jilid) |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Kazuhiro Furuhashi |
Skrip/Penulis | Kazuhiro Furuhashi |
Lagu/Muzik | Makoto Miyazaki ([K]NoW_NAME) Shuhei Mutsuki ([K]NoW_NAME) |
Studio | Wit Studio CloverWorks |
Dilesenkan oleh | Crunchyroll |
Penyiaran Asal | TV Tokyo |
Tarikh tayangan | 9 April 2022 – kini |
Episod | 37 |
Portal Anime dan Manga |
Sebuah adaptasi siri televisyen anime dihasilkan oleh Wit Studio dan CloverWorks mula ditayangkan di TV Tokyo pada April 2022. Sebuah filem cetera bertajuk Code: White diumumkan pada Disember tahun sama yang bakal ditayangkan[2][3][4] hujung tahun 2023 sewaktu dengan musim kedua siri tersebut yang bakal ditayangkan lebih awal pada Oktober tahun sama.[5]