Sujud
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sajdah (Arab: ُسجدةcode: ar is deprecated ), IPA: [sæʤədæh] atau sujūd (Arab: سُجودcode: ar is deprecated , IPA: [sʊʤʊːdə]) merupakan perkataan Arab yang boleh disama ertikan dengan perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua anak jari-jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah pada waktu dan masa-masa tertentu. Ketika sujud, Muslim dikehendaki membaca bacaan tertentu dalam perbuatannya itu.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Takrifan sujud ini boleh disejajarkan dengan kewajipan bersujud yang telah diperintahkan Allah dan RasulNya. Sabda Muhammad Rasullullah yang bermaksud:
- Aku diperintah (oleh Allah) bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki. (Hadis Muttafaqun Alaih)