Suntory
syarikat pengeluar minuman Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Suntory Holdings Limited (サントリーホールディングス株式会社code: ja is deprecated , Santorī Hōrudingusu Kabushiki-gaisha) (biasanya dipanggil dengan nama Suntory sahaja) ialah kumpulan syarikat pembuatan bir dan penyulingan multinasional Jepun. Ditubuhkan pada tahun 1899, syarikat Suntory adalah salah sebuah syarikat tertua dalam pengedaran minuman beralkohol di Jepun, dan pembuat wiski Jepun. Perniagaan syarikat ini juga telah berkembang ke bidang lain, dan syarikat itu kini turut membuat minuman ringan dan mengendalikan rangkaian sandwic. Dengan pemerolehan Beam, Inc. pada 2014, ia telah mempelbagaikan di peringkat antarabangsa dan menjadi pengeluar minuman suling ketiga terbesar di dunia. Suntory beribu pejabat di Dojimahama 2-chome, Kita-ku, Osaka, Wilayah Osaka. Suntory Beverage & Food Limited (サントリー食品インターナショナル株式会社code: ja is deprecated , Santorī shokuhin intānashonaru Kabushiki-gaisha), adalah salah sebuah anak syarikat Suntory yang bertanggungjawab untuk pembangunan di luar Jepun.
v
Nama asli | サントリーホールディングス株式会社 |
---|---|
Nama rumi | Santorī Hōrudingusu Kabushiki-gaisha |
Dinamakan sempena | Matahari, Torii |
Jenis/bentuk sah | Private |
ISIN | JP3336560002 |
Industri | Beverage |
Ditubuhkan | Osaka, Japan 1899; 125 tahun yang lalu (1899) |
Pengasas | Torii Shinjiro |
Ibu pejabat | Osaka, Japan |
Tokoh penting | Saburo Kogo (Chairman) Kazuhiro Saito (President and CEO) |
Anak syarikat | Beam Suntory; Suntory Beverage & Food Ltd. |
Tapak web | suntory |
sunting · sunting di Wikidata |