Syurga
From Wikipedia, the free encyclopedia
Syurga (kata serapan daripada Sanskrit: स्वर्गcode: sa is deprecated svarga "kayangan") merupakan satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau neraka adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadian-kejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, -dewa-dewi, dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati.
Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagai-bagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh malaikat, syaitan, dewa dan dewi, dan/atau pahlawan (khususnya dalam agama Zoroastrianisme Parsi dan kemudiannya mitologi Yunani). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat kebahagiaan atau kekadangnya kebahagian abadi.