![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1a/Typhoon_Morakot_Aug_7_2009.jpg/640px-Typhoon_Morakot_Aug_7_2009.jpg&w=640&q=50)
Taufan Morakot
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taufan Morakot (gelaran antarabangsa: 0908, JTWC: 09W, PAGASA: Kiko) merupakan taufan paling membawa maut yang melanda Taiwan dalam sejarah terakam. Ia terbentuk pada awal 2 Ogos 2009 sebagai sebuah tekanan rendah tropika, sebelum bertambah kuat dan diberi nama Morakot pada 3 Ogos. Taufan ini melanda Taiwan pada 7 Ogos dan tanah besar China pada 9 Ogos, sebelum akhirnya lenyap 11 Ogos.
Fakta Segera JMA), Terbentuk ...
Taufan (skala JMA) | |
---|---|
Taufan kategori 2 (SSHWS) | |
![]() Taufan Morakot pada 7 Ogos | |
Terbentuk | 2 Ogos 2009 |
Reda | 11 Ogos 2009 |
Angin terkuat | 10 minit berterusan: 150 km/j (90 bpj) 1 minit berterusan: 155 km/j (100 bpj) |
Tekanan terendah | 945 hPa (mbar); 27.91 inHg |
Kematian | 640 maut, 92 hilang |
Kawasan terjejas | Filipina, Taiwan, China, Korea, Jepun |
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2009 | |
Tutup
Taufan Morakot membawa kerosakan besar di Taiwan, membunuh 461 orang dan 192 lagi hilang, kebanyakannya dikhuatiri mati. Nilai kerosakan dijangka sekitar NT$110 bilion ($3.3 bilion USD). taufan ini turut menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara Filipina yang membunuh 26 orang.