Taufan Ului
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taufan Ului mula dikenalpasti Perkhidmatan Meteorologi Fiji (FMS) pada 9 Mac 2010 kira-kira 130 km di utara Pulau Hiw, Vanuatu.
Fakta Segera Kategori ribut siklon 5 yang teruk (skala Aus), Terbentuk ...
Kategori ribut siklon 5 yang teruk (skala Aus) | |
---|---|
Siklon tropika kategori 5 (SSHWS) | |
Terbentuk | 9 Mac 2010 |
Reda | 21 Mac 2010 |
Angin terkuat | 10 minit berterusan: 215 km/j (130 bpj) 1 minit berterusan: 260 km/j (160 bpj) |
Tekanan terendah | 925 hPa (mbar); 27.32 inHg |
Kematian | 1 langsung |
Kawasan terjejas | Vanuatu, Kepulauan Solomon dan pantai Queensland |
Sebahagian daripada Musim siklon Pasifik Selatan dan rantau Australia 2009–10 | |
Tutup
Taufan Ului bergerak barat laut dan membadai timur laut Australia terutama di sepanjang 200 km pantai Queensland bermula pada 19 Mac 2010. Pulau Whitsunday yang menjadi destinasi menarik para pelancong menerima musibah besar. Pelancong biasanya tiba melalui Lapangan Terbang Whitsunday Coast. Pulau Whitsunday terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik, berhampiran Garisan Tarikh Antarabangsa. Ia berhampiran Terumbu Sawar Besar.
Pulau Hiw di Vanuatu dan Kepulauan Solomon juga terkena taufan Ului. Jarak kepulauan antara pulau Vanuatu dengan kepulauan Solomon kira-kira 600 km.