![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3c/Home_cinema_01.jpg/640px-Home_cinema_01.jpg&w=640&q=50)
Teater rumah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Teater rumah (bahasa Inggeris: home theatrecode: en is deprecated ) ialah teater hiburan rumah yang bertujuan melahirkan suasana video dan audio seperti di pawagam dalam rumah persendirian. Pada 1950-an, ramai penduduk Amerika Syarikat gemar memainkan filem di rumah setelah mampu membeli kelengkapan projektor filem 8 mm jenama Kodak. Perkembangan sistem audio berbilang saluran, diikuti cakera laser pada 1980-an membuka paradigma baru untuk teater rumah. Pada awal 1990-an, sebuah teater rumah di AS terdiri daripada pemain cakera laser atau VHS disuapkan kepada televisyen pancaran belakang. Pada akhir 1990-an, teknologi teater rumah semakin maju dengan perkembangan format DVD-Video, sistem pembesar suara audio 5.1 saluran Dolby Digital (bunyi keliling, surround sound) dan televisyen definisi tinggi.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3c/Home_cinema_01.jpg/640px-Home_cinema_01.jpg)
Pada 2000-an, istilah "teater rumah" merangkumi pelbagai sistem yang bertujuan memainkan filem wayang di rumah. Sistem yang paling ringkas dan biasa ditemui terdiri daripada pemain DVD, televisyen berskrin besar, dan sistem pembesar suara bunyi keliling "home theater in a box" dengan subwufer. Teater rumah boleh dipercanggihkan lagi dengan pemain Blu-ray atau perkakas pusat media, projektor video dan laayr pancaran berlebar nisbah aspek 16:9, dan penerima teater rumah beribu-ribu watt dengan lima hingaa tujuh pembesar bunyi keliling dan subwufer yang mengagumkan.