From Wikipedia, the free encyclopedia
Teluk Fundy (bahasa Inggeris: Bay of Fundy ; Perancis: Baie de Fundy ) adalah sebuah teluk terletak antara provinsi-provinsi New Brunswick dan Nova Scotia di Kanada dengan sebahagian kecil negeri Maine di Amerika Syarikat. Kawasan pesisirannya mempunyai perbezaan jarak pasang surut tertinggi di dunia.[1]
Julat pasang surut di teluk ini adalah sekitar 16 meter jauh berganda dari purata beza jarak yang ada di seluruh dunia sekitar 1 meter. Ada air pasang berbeza-beza ketinggian bergantung pada kedudukan bulan, matahari, dan keadaan atmosfera.[2] Pasang dan surut air sekitar ini bertahan kira-kira enam jam 13 minit.[2]
Daya dibawa air pasang sangat kuat kerana bentuk teluk ini yang kecorongan; kira-kira 100 bilion tan metrik air mengalir masuk dan keluar dari teluk iaitu dua kali lebih banyak daripada jumlah isipadu semua air sungai di dunia dalam tempoh yang sama[3] dengan kuasa sekuat 8,000 buah enjin kereta api atau 25 juta ekor kuda.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.