Tentera Laut Uthmaniyah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Laut Uthmaniyah (Turki: Osmanlı Donanmasıcode: tr is deprecated atau Donanma-yı Humâyûn), juga dikenali sebagai Armada Uthmaniyah, telah diasaskan pada awal kurun ke-14 selepas empayar Uthmaniyah berkembang menghampiri laut pada tahun 1323 dengan menawan Karamürsel, tapak limbungan kapal tentera laut Uthmaniyah pertama dan menjadi pemangkin akan masa depan tentera laut. Semasa kewujudan panjangnya, ia telah terlibat dalam banyak konflik dan telah menandatangani sejumlah perjanjian maritim. Semasa zaman kemuncaknya, armada laut Uthmaniyah mengunjur sehingga Lautan India, serta menghantar expedisi ke Indonesia pada tahun 1565.
Sepanjang sejarahnya, tentera laut diketuai oleh seorang yang berpangkat Kapudan Pasha (Laksamana Besar; atau dari segi bahasa "Kepten Pasha"). Pangkat ini dihapuskan pada tahun 1867, apabila ia telah digantikan oleh Menteri Tentera Laut (Turki: Bahriye Nazırıcode: tr is deprecated ) dan sejumlah Komander Armada (Turki: Donanma Komutanlarıcode: tr is deprecated ). Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah dan pengistiharan Republik Turki pada tahun 1923, tradisi tentera laut diteruskan dengan Tentera Laut Turki yang moden.