Thomas Linley (lahir 1733)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Thomas Linley (17 Januari 1733 – 19 November 1795) adalah seorang penyanyi bes dan pemuzik yang aktif di Bath, Somerset. Dilahirkan di Badminton, Gloucestershire, Linley memulakan kerjaya muzikalnya selepas berpindah ke Bath ketika berusia 11 tahun dan menjadi perantis kepada pemain organ Thomas Chilcot.
Di antara pelajar Linley adalah kelapan-lapan anaknya (Elizabeth Ann, Thomas, Mary, Samuel, Maria, Ozias, William, dan Jane) dan juga penyanyi tenor Charles Dignum, penyanyi dan pelakon Anna Maria Crouch dan penulis novel Frances Sheridan. Linden bekerjasama dengan anaknya Thomas dalam menulis dan menggubah opera komik The Duenna, dengan libreto oleh menantunya Richard Brinsley Sheriden.