![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Titi_Kamal_on_Ini_Talkshow_Netmediatama.jpg/640px-Titi_Kamal_on_Ini_Talkshow_Netmediatama.jpg&w=640&q=50)
Titi Kamal
Pelakon wanita dan model Indonesia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kurniaty Kamalia (lahir 7 Disember 1981) atau lebih dikenali sebagai Titi Kamal ialah seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Indonesia. Beliau mula dikenali menerusi watak Maura lakonannya dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? (2002). Namanya semakin terkenal ketika beliau menyanyikan lagu "Jablai" yang sempat menjadi hits. Kerana komitmennya sebagai pelakon, Titi hanya menyanyikan lagu itu untuk filem Mendadak Langit.