From Wikipedia, the free encyclopedia
Toyota Alphard adalah MPV premium bersaiz besar yang dihasilkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 2002. Tujuan utama Toyota membuat Alphard adalah untuk bersaing dengan Honda Elysion dan Nissan Elgrand. Alphard mempunyai model tujuh atau lapan tempat duduk dengan pilihan enjin petrol atau hybrid. Varian hybrid telah dikeluarkan sejak tahun 2003 yang menggunakan teknologi Hybrid Synergy Drive Toyota.
Toyota Alphard | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota |
Juga dikenali |
|
Pengeluaran | 2002 - kini |
Pemasangan | Japan: Inabe, Mie (Toyota Auto Body)[1] |
Pendahulu | Toyota Grania/Grand HiAce (XH10) |
Kelas | MPV Premium |
Gaya badan | MPV 5 pintu |
Toyota Alphard pada mulanya dijual untuk pasaran Jepun, namun dijual di Bangladesh[2], Belarus[2], Russia[3], Timur Tengah, Greater China[4] dan Asia Tenggara. Serupa dengan Camry, ia biasnya diklasifikasikan sebagai kereta mewah di pasaran Asia Tenggara.
Kenderaan ini dinamakan sempena Alphard[5], bintang tercerah di dalam buruj Hydra. Alphard juga mempunyai lambang depan yang istimewa, iaitu huruf alpha kecil.[6] Nama "Vellfire" diambil dari 'Velvet' dan 'Fire' bagi melambangkan 'kelicinan' dan 'semangat.
Generasi pertama (AH10)[7] | |
---|---|
Maklumat | |
Pengeluaran | 2002–2008 |
Pelantar | Platform K toyota |
Enjin | |
Penghantaran | |
Jarak roda | 2,900 mm (114.2 in) |
Panjang | 4,840 mm (190.6 in) |
Lebar | 1,805 mm (71.1 in) |
Tinggi | 1,935 mm (76.2 in) |
Berat Curb | 1,790 kg (3,946 lb) |
Berkait | Toyota Previa (XR30, XR40) |
Alphard telah dilancarkan oleh Toyota pada Mei 2002.[5][8] Model Alphard V dijual secara eksklusif di kedai Netz sementara Alphard G mempunyai reka bentuk grille hadapan yang berbeza dan dijual di kedai Toyopet. Alphard telah difacelift pada tahun 2005 dengan reka bentuk baharu bagi lampu belakang dan menggunakan rim aluminium aloi 16" atau 17".
Pada tahun 2006, varian Alphard lounge telah diperkenalkan.[9] Ia adalah varian atasan, empat tempat duduk bagi Alphard G.
Versi hibrid juga telah ditambahkan pada barisan MY 2003, yang menampilkan enjin petrol kitaran 2AZ-FE Atkinson 2.4 liter dengan output kuasa 133 PS (98 kW; 131 hp) dan 190 N⋅m (140 lb⋅ft) tork yang telah dibangunkan khusus bagi meggunakan teknologi Hybrid Synergy Drive Toyota dan menampilkan kitaran nisbah pengembangan tinggi yang meningkatkan kecekapan dan mengurangkan geseran; walau bagaimanapun, ini membawa kepada masalah kehausan awal cincin omboh yang berakibat daripada penggunaan minyak yang tinggi disebabkan oleh cincin yang direka bentuk dengan kurang baik bagi meminimumkan geseran.[10][11]
Alphard Hibrid menggunakan teknologi "by-wire" yang memantau tekanan brek dan kelajuan kenderaan untuk mengira tekanan hidraulik yang optimum. By-wire berfungsi dengan sistem E-Four AWD untuk memaksimumkan pengumpulan tenaga kinetik daripada brek untuk penukaran kepada kuasa elektrik.
Alphard Hybrid boleh menjana sehingga 1,500 watt dan dilengkapi dengan salur keluar kuasa AC 100 volt, untuk menggerakkan peralatan luaran seperti komputer riba dan lampu kecemasan.
Di Jepun, Alphard Hybrid layak sebagai Kenderaan Emisi Ultra Rendah (ULEV), mencapai tahap emisi 75% lebih rendah daripada penanada aras yang ditetapkan kerajaan Jepun pada 2002.
Generasi Kedua (AH20)[7] | |
---|---|
Maklumat | |
Juga dikenali | Toyota Vellfire |
Pengeluaran | 2008–2015 |
Pelantar | Toyota New MC platform |
Enjin | |
Penghantaran | |
Jarak roda | 2,950 mm (116.1 in) |
Panjang | 4,840 mm (190.6 in) |
Lebar | 1,830 mm (72.0 in) |
Tinggi | 1,905 mm (75.0 in) |
Berat Curb | 1,910–2,070 kg (4,211–4,564 lb) |
Berkait | Toyota Previa (XR50) |
Selepas di pratonton sebagai FT-MZ pada tahun 2007, Alphard generasi kedua mula dijual pada tahun 2008. Bagi generasi ini, sebuah model kembar yang dijual sebagai Vellfire telah diperkenalkan. Berdasakan sebuah pernyataan akhbar oleh Toyota, model Alphard dikatakan sebagai 'elegan dan canggih'. Manakala model Vellfire dikatakan sebagai 'kekuatan' dan 'keperibadian yang kuat'. Di Jepun, kedua-dua model ini dijual oleh pengedar yang berbeza dengan Alphard dijual di kedai Toyopet, manakala Vellfire dijual di Toyota Netz, yang lebih beronteriasikan model untuk golongan belia.
Varian-varian Alphard/Vellfire adalah seperti berikut:
Mulai tahun 2008, Toyota Alphard dijual secara rasmi di Indonesia melalui PT Toyota Astra Motor.[12] Pada 3Ogos 2010 pula, Alphard dilancarkan di Filipina.[13]
JNCAP telah mengiktiraf Alphard dengan enam bintang bagi keselamatan penumpang dalam kemalangan dan ciri-ciri keselamatan yang luar biasa. Ciri-ciri keselamatan seperti Sistem Brek Antikunci (ABS), Pengagihan Tenaga Brek Elektronik, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Kenderaan (Traction Control) dan tujuh beg udara (Dua di hadapan, Beg udara sisi bagi pemandu dan penumpang, beg udara di bahagian lutut pemandu dan beg udara tirai) adalah standard bagi semua varian. Varian lebih tinggi menawarkan sistem Pra-Ranap kelas pertama sebagai pilihan (hanya untuk model Jepun). Ciri-ciri termasuk Kawalan Pelayaran Adaptif yang dipandu radar, 'Lane Departure Warning with Lane Keep Assist and Pre-collision Warning with Semi-Autonomous Emergency Braking', yang membantu menggunakan tekanan brek secara sederhana dan tidak memberhentikan kenderaan sepenuhnya. [14][15]
Model facelift telah diumumkan oleh toyota pada 27 September 2011, dengan jualan di Jepun bermula pada 1 November 2011. Juga diperkenalkan adalah varian hibrid bagi Alphard dan Vellfire.[16]
Generasi ketiga (AH30) | |
---|---|
Maklumat | |
Juga dikenali | |
Pengeluaran | 2015–kini |
Pendahulu | Toyota Estima (Jepun) |
Pelantar | Toyota New MC platform |
Enjin | |
Penghantaran |
|
Jarak roda | 3,000 mm (118.1 in) |
Panjang | 4,915–4,945 mm (193.5–194.7 in) 5,040 mm (198.4 in) (Lexus LM) |
Lebar | 1,850 mm (72.8 in) |
Tinggi | 1,880–1,950 mm (74.0–76.8 in) 1,945 mm (76.6 in) (Lexus LM) |
Berat Curb | 1,920–2,220 kg (4,233–4,894 lb) |
Toyota mengeluarkan Alphard generasi ketiga pada 26 Januari 2015 dengan reka bentuk luaran sepenuhnya dan 2 enjin baharu, termasuk enjin petrol 2AR-FE 2.5 liter dan enjin hibrid petrol 2AR-FXE 2.5 liter. Enjin V6 2GR-FE 3.5 liter yamg mempunyai transmisi automatik 6-kelajuan telah dibawa daripada generasi sebelumnya. Gred Lounge Eksekutif teratas baharu telah ditambah untuk Alphard dan Vellfire.
Gril besar bagi generasi ini serupa dengan gril Toyota Crown Siri S120 dan lampu belakangnya terletak di bahagian atas sama dengan Previa dan Sienna generasi ketiga. Panjang telah ditingkatkan sebanyak 60 mm (2.4 in), lebar sebanyak 20 mm (0.8 in), dan jarak roda telah ditingkatkan sebanyak 50 mm (2.0 in); tetapi ketinggiannya lebih pendek sebanyak 10 mm (0.4 in) berbanding generasi yang sebelumnya. Toyota Alphard menghadapi saingan daripada MPV lain seperti Nissan Elgrand dan Honda Odyssey generasi kelima pasaran antarabangsa.[19] Pengeluar audio besar seperti Alpine Electronics dan JBL mengeluarkan navigasi dan aksesori audio/visual khusus untuk Alphard. Alphard mempunyai pilihan yang mempunyai sistem bunyi JBL 1200W 17-speaker, 5.1 saluran.[20]
Alphard generasi ketiga boleh didapati di Jepun dan pasaran Asia yang terpilih termasuk Brunei, Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Hong Kong yang menjadi pasaran pertama di luar Jepun yang menerima model ini. Alphard generasi ketiga diperkenalkan di Rusia, tetapi hanya dengan enjin V6 3.5 liter. Model V6 juga boleh didapati di pasaran pemanduan kiri yang lain, seperti China dan Taiwan.[21] Di India, Vellfire ditawarkan sejak Februari 2020 sebagai satu-satunya model import jenama itu di negara ini dengan enjin hibrid 2.5 liter dengan pacuan empat roda.[22]
Alphard generasi ketiga facelift dan Vellfire generasi kedua telah diperkenalkan pada 25 Disember 2017 dan dikeluarkan pada 8 Januari 2018.
Pada 1 Mei 2020, Alphard dan Vellfire boleh didapati di semua saluran jualan pengedar Toyota di Jepun (Toyota Store, Toyopet Store, Corolla Store dan Netz), dan lambang logo Netz pada gril hadapan Vellfire digantikan dengan lambang logo Toyota.
Pada April 2021, paras trim untuk Vellfire di Jepun telah dikurangkan kepada satu trim edisi khas, Golden Eyes II, disebabkan penurunan jualan akibat penyatuan barisan pengedar pada 2020.[23]
Pada bulan yang sama, Vellfire di China telah dinamakan semula kepada Toyota Crown Vellfire (Bahasa Cina ringkas: 皇冠威尔法; Cina tradisional: 皇冠威爾法; pinyin: Huángguàn Wēiěrfǎ), dengan logo Crown menggantikan logo Toyota di hadapan dan di bahagian lain seperti hubcap dan kelompok instrumen.[24]
Versi limosin Lexus bagi Alphard generasi ketiga, dipanggil Lexus LM, telah diperkenalkan pada 16 April 2019 di Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai ke-18 dan pertama kali dikeluarkan pada 20 Februari 2020 di China.[25][18]Nama LM bermaksud "Luxury Mover" atau "Penggerak Mewah". Lexus LM lebih panjang berbanding dengan Alphard, dengan panjang berukuran 5,040 mm (198.4 in). Lexus LM menampilkan komponen struktur yang lebih baharu dan lebih kukuh, bersama dengan elemen kalis bunyi tambahan. Terdapat dua konfigurasi tempat duduk, konfigurasi 7 tempat duduk yang berdasarkan varian Alphard Executive Lounge, dan konfigurasi 4 tempat duduk bernama "Suite Emperor", berdasarkan varian Alphard Royal Lounge. Lexus LM menampilkan persediaan suspensi baharu yang menampilkan teknologi Swing Valve.[26]
Dua pilihan enjin tersedia, hibrid empat silinder (2AR-FXE 2.5 liter) dalam LM 300h, dan V6 3.5 liter (2GR-FKS) dalam LM 350 (2GR-FE di Hong Kong).
Tahun | Jepun | China | Indonesia | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Alphard[27] | Vellfire[28] | Alphard | LM | Alphard | Vellfire | |
2002 | 53,428 | |||||
2003 | 83,529 | |||||
2004 | 85,953 | |||||
2005 | 81,647 | |||||
2006 | 66,199 | |||||
2007 | 52,236 | |||||
2008 | 45,119 | 38,969 | ||||
2009 | 29,602 | 49,636 | ||||
2010 | 35,754 | 61,015 | ||||
2011 | 17,783 | 27,206[29] | 319[30][31] | |||
2012 | 41,471[32] | 58,513[32] | 2,833[31][33][34] | |||
2013 | 33,764[35] | 50,575[35] | 914[36] | |||
2014 | 25,863[37] | 36,734[37] | 1,146[38] | |||
2015 | 44,366[39] | 54,180[39] | 2,349[40] | 751 | ||
2016 | 37,069[41] | 48,982[41] | 2,202[40] | 716 | ||
2017 | 41,923[42] | 46,757[42] | 8,177[43] | 3,208[34] | 918[34] | |
2018 | 58,806[44] | 43,130[44] | 12,814[43] | 4,118 | 870 | |
2019 | 68,705[45][46] | 41,429[45][46] | 16,181[43] | 4,151[47] | 486[47] | |
2020 | 90,748[48][49] | 18,004[48][49] | 24,031[50] | 3,268[50] | 2,490[51] | 223 |
2021 | 95,049[52] | 6,509 | 23,952[53] | 3,327 | 312 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.