Tuak
Minuman tradisi beralkohol yang berasal daripada Indonesia, nama minuman ini diambil dari perkataan dalam bahasa Jawa / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tuak (Jawi: تواقcode: ms is deprecated ) merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat asli atau "bumiputera" kawasan Nusantara dari Indonesia dan Malaysia. Minuman ini pada asasnya hasil pemeraman bahan tertentu tergantung kepada perolehan suku kaum yang menghasilkannya.
Fakta Segera Jenis, Negara asal ...
Jenis | Minuman beralkohol |
---|---|
Negara asal | Nusantara (merangkumi Indonesia dan Malaysia) |
Tutup
Bagi masyarakat Kelantan dan Terengganu pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan daripada mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.
Di Malaysia terdapat tiga jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.