Aksara Hanunuo
aksara orang asli Mindoro, Filipina / From Wikipedia, the free encyclopedia
Hanunuo (IPA: [hanunuʔɔ]), juga dieja sebagai Hanunoo atau Hanunó'o, ialah salah satu aksara yang berasal dari Filipina dan digunakan oleh orang Mangyan di selatan Mindoro untuk menulis bahasa Hanunuo.[1][2]
Aksara Hanunuo (Mangyan Baybayin/ Surat Mangyan) ᜱᜨᜳᜨᜳᜢ | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | Bahasa Hanunuo |
Tempoh masa | l.k. 1300–kini |
Aksara induk | Aksara Sinai Proto
|
Aksara kerabat | Dalam Filipina: Aksara Buhid (Mangyan Baybayin, Surat Mangyan) |
Arah tulis | Kiri-ke-kanan |
ISO 15924 | Hano, 371 |
Alias Unikod | Hanunoo |
Julat Unikod | U+1720–U+173F |
Ia merupakan sejenis abugida turunan rumpun aksara Brahmi, berkait rapat dengan aksara Baybayin, dan terkenal kerana ditulis menegak ke atas, bukannya ke bawah seperti hampir semua aksara lain (walau bagaimanapun, ia dibaca mendatar dari kiri ke kanan). Ia biasanya ditulis pada buluh dengan menorehkan huruf dengan pisau.[3][4] Kebanyakan prasasti Hanunuo yang terkenal agak baru kerana sifat buluh yang mudah rosak. Oleh itu, sukar untuk menelusuri sejarah aksara tersebut.[2]