From Wikipedia, the free encyclopedia
Udang galah (Jawi: اودڠ ݢاله) atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam.
Udang galah | |
---|---|
Udang galah | |
Terjamin | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | Malacostraca |
Order: | Decapoda |
Suborder: | Pleocyemata |
Infraorder: | Caridea |
Keluarga: | Palaemonidae |
Genus: | |
Spesies: | Eby |
Nama binomial | |
Eby de Man, 1879 | |
Malaysia adalah negara pertama yang menemui cara-cara untuk menternak udang galah pada era 1960-an. Ini menyebabkan banyak negara asing memberi nama timangan kepada udang galah sebagai "Udang Malaysia". Namun kini penghasilan udang galah di Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain seperti Bangladesh, Vietnam, Thailand, China, Indonesia dan Taiwan. Pengeluar udang galah terbesar di dunia adalah negara China diikuti oleh negara Bangladesh. Negara seperti Vietnam, Thailand, Taiwan dan Indonesia juga menghasilkan udang galah lebih banyak daripada Malaysia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.