From Wikipedia, the free encyclopedia
Ungka, wak-wak, owa atau owa-owa merupakan sejenis mawas dalam keluarga Hylobatidae[2] yang tinggal di pedalaman hutan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Badan jenis mawas ini lebih kecil daripada badan cimpanzi, gorila dan orang utan.[3]
Ungka Wak-wak | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Hylobatidae Gray, 1870 |
Genus jenis | |
Hylobates Illiger, 1811 | |
Genus-genus | |
Peta taburan spesies-spesies keluarga di Asia Tenggara |
Nama ungka (Jawi: اوڠک) asalnya dipakai kepada spesies-spesies Hylobates lar dan H. agilis di pulau Sumatera.[4][5]
Nama wak-wak (Jawi: وق٢) juga dipakai kepada spesies H. agilis dan H. muelleri[6] daripada mendengarkan jeritan spesies-spesies ini[7] yang jantan dan betina untuk memanggil kawanan atau menarik pasangan.[8] Nama owa-owa (Jawi: اووا٢) seasal dan dipakai kepada spesies H. muelleri yang sama di Kalimantan Barat.[6]
Keluarga ungka Hylobatidae dibahagikan kepada 4 genus berdasarkan jumlah kromosom diploid: Hylobates (44), Hoolock (38), Nomascus (52), dan Symphalangus (50).[2]
Seperti kebanyakkan spesies Mawas, Ungka mempunyai tangan yang panjang, iaitu sama panjang dengan ukuran dari bahu ke kaki, dan tidak berekor. Perbezaan Ungka dengan Mawas Besar ialah dari segi saiznya, itu sebabnya Ungka dipanggil Lesser/Smaller Ape.[10]
Ungka ialah haiwan yang bersosial. Ungka juga merupakan haiwan yang "territorial", mereka akan lindung kawasannya dengan menggunakan suaranya yang dapat didengari sejauh 1 km. Mereka hidup berkeluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan beberapa ekor anak. Setiap pagi, keluarga ungka ini akan bernyanyi dengan suara yang kuat. Ungka bergerak di dalam hutan dengan melompat sejauh kira-kira 10 meter dari dahan ke dahan.
Diet Ungka biasanya lebih kepada buah-buahan iaitu 60% daripada diet mereka. Mereka juga makan daun, bunga, dan telur burung.
Kebanyakkan spesies Ungka sekarang diklasifikasikan sebagai "terancam" oleh kerana kemusnahan habitat oleh Manusia dan dijadikan sebagai haiwan peliharaan walaupun ungka merupakan haiwan yang dilindungi. Di Phuket, Thailand terdapat satu pusat rehabilitasi bagi ungka yang diselamatkan, lalu menghantar balik ke hutan.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.