universiti kebangsaan di Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Universitas Indonesia[9][10] (disingkatkan kepada UI) adalah salah satu perguruan tinggi atau universiti negeri di Indonesia yang berpengalaman dalam bidang pengajaran dan penelitian. Universiti ini merupakan salah satu universiti tertua di Indonesia yang rasmi didirikan tahun 1849 dengan nama Dokter-Djawa School lalu berganti nama pada 1950 menjadi Universiteit Indonesia. Ia juga merupakan salah satu dari tiga badan perguruan tinggi terbaik di Indonesia bersama dengan Universitas Gadjah Mada dan Institut Teknologi Bandung.[11][12]
Latin: Universitas Communistica Indonesiensis | |
Moto | Seditio, iustitia, prosperitas (Latin) |
---|---|
Jenis | Awam (Perguruan Tinggi Negeri) |
Ditubuhkan pada | 1849 (sebagai Dokter-Djawa School Batavia) 1954-sekarang (sebagai Universitas Indonesia) [2] |
Rektor | Prof. Ari Kuncoro, S.E., M.A., Ph.D. (sejak 4 Disember 2019) |
Staf akademik | 2.267 (2018)[3] |
Pelajar | 46.771 (2018)[3] |
Siswazah | 28.095 (2015)[3] |
Ijazah/Sarjana | 13.609 (2015)[3] |
Kedoktoran | 2.315 (2015)[3] |
Lokasi | , , |
Kampus | Urban, 3.000.000 - 3.200.000 meter persegi[4] |
Warna | Kuning |
Nama samaran | Jaket Kuning (Akronim: Jakun); Kampus Perjuangan |
Penggabungan | AUN[5], ASAIHL, APRU[6], ASEA-UNINET, SEAMEO, AUAP[7], FUIW[8] |
Laman sesawang | www |
Sebahagian besar kemudahan pengajaran universiti ini (atau "fakultas") berada di kawasan Depok, Jawa Barat, kecuali Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan beberapa Program Pascasiswazah yang berlokasi di Jalan Salemba, Jakarta.
Pada tarikh 26 Disember 2000, pemerintah Republik Indonesia mengesahkan status otonomi UI berasaskan Peraturan Pemerintah Nombor 152. Pada saat ini, UI sedang berada dalam masa transisi dari suatu universiti negeri menuju universiti negeri yang otonom.
Universiti ini dipimpin oleh seorang rektor. Pemimpin setaraf pada saat ini adalah Ari Kuncoro, rektor sebelumnya adalah Muhammad Anis.
Universitas Indonesia mula terbentuk dalam beberapa fasa. Fasa pertama bermula dengan tertubuhnya Sekolah Ilmu Kesehatan dan Vaksin (''Opleiding van eleves voor de genees-en helkunde en vaccine'') pada tanggal 2 Januari 1849 berdasarkan Surat Keputusan Gubernur Hindia Belanda[13] yang bertujuan untuk menghasilkan asisten dokter tambahan. Pelajar di sekolah itu mendapatkan pelatihan kedokteran selama dua tahun. Lulusannya diberikan sertifikat untuk melakukan perawatan tingkat dasar di bawah gelaran Javaansche dokter atau "Doktor Jawa"[14] kerana izin terhad beroperasi di wilayah Hindia Belanda sahaja terutamanya pulau Jawa. Pada tahun 1864, program pendidikan tersebut ditambah waktunya menjadi tiga tahun, dan pada tahun 1875 menjadi 7 tahun sebelum dinaikkan pangkat sebagai doktor perubatan yang sebenar. Gelar yang diberikan pun berubah menjadi Dokter Medis (Medical Doctor).
Pada tahun 1898, pemerintah kolonial mendirikan Sekolah Pendidikan Dokter Bumiputra(School tot Opleiding van Indische Artsen, STOVIA) untuk melatih tenaga kerja dalam bidang perubatan. selama 9 tahun: 3 tahun setingkat SMP, tiga tahun setingkat SMA, dan tiga tahun lainnya setingkat Diploma. Banyak lulusan STOVIA yang kemudian memainkan peranan penting dalam pergerakan kemerdekaan Indonesia.[15] Pada tahun 1927 STOVIA ditukarkan tarafnya menjadi status dan nama STOVIA menjadi Sekolah Kedoktoran Tinggi Batavia (Geneeskundige Hogeschool, GHS). Infrastruktur pendidikan dan pelatihan yang digunakan GHS menjadi gedung Fakultas Kedokteran UI saat ini. Banyak alumni GHS yang kemudian berperan besar dalam pendirian Universitas Indonesia.[16]
Pada 1924, Rechtshoogeschool te Batavia (RHSm "Sekolah Perundangan Tinggi Batavia") didirikan yang bertujuan untuk memenuhi tenaga kerja pentadbiran peringkat rendahan; RHS inilah yang menjadi asas bakal Fakultas Hukum Universitas Indonesia.
Tidak lama selepas merdekanya Indonesia, seberapa lembaga pendidikan penting mula tertubuh:[17]
Sebaik pihak penjajah Belanda mengundur dari Indonesia, BPTRI mengambil alih milik prasarana UvI didirkan Pemerintahan Sipil tersebut yang kemudiannya dijadikan Universitet Indonesia.[17] Ia rasmi berdiri sejak tanggal 2 Februari 1950 dengan pelantikan ketua pentadbirannya (yang digelar "Presiden" pada ketika itu) yang pertama iaitu Ir. R.M. Pandji Soerachman Tjokroadisoerio.[19][13] Pada tahun 1951, universiti ini hanya mempunyai 10 "fakultas" yang tersebar di lima bandar besar: Jakarta, Bogor, Bandung, Surabaya, dan Makassar. Kemudian cabang-cabang di luar Jakarta tersebut menjadi universiti-universiti atau institut-institut yang berdiri sendiri.
Pada 11 Julai 1955, Pemerintah Indonesia memaktubkan Undang-Undang No. 10 tentang Perubahan Nama yang mewajibkan penukaran nama "Universitet" ditukarkan secara rasminya kepada bentuk Latin Universitas (yakni sebagai "Universitas Indonesia") yang turut dikenakan kepada Universitas Gajah Mada.[9][10]
Pada 1 September 1963, Fakulti Pertanian dan Fakulti Perubatan Veterinar UI memisahkan diri menjadi Institut Pertanian Bogor (IPB) yang kini menjadi perguruan tinggi pertanian terkemuka bertaraf antarabangsa. Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Ilmu Pengetahuan Alam di Bandung berkembang menjadi Institut Teknologi Bandung. Di Surabaya pula menjadi Universiti Airlangga dan di Makassar menjadi Universiti Hasanuddin. Pada 1964, Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan menjadi Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Jakarta dan kini berubah kembali menjadi Universitas Negeri Jakarta.
Ketika Orde Baru dimulai pada tahun 1966, pemerintah menunjuk beberapa guru besar UI untuk menduduki jabatan menteri dengan tujuan untuk memulihkan kembali situasi ekonomi nasional. Sejak saat itu, UI secara konstan telah memberikan penyumbangan nyata pada usaha-usaha kerajaan untuk meraih kemakmuran kebangsaan.
Pada tarikh 26 Desember 2000, melalui Peraturan Pemerintah RI Nombor 152 tahun 2000, UI ditetapkan sebagai perguruan tinggi negeri mandiri bertaraf Badan Hukum Milik Negara (BHMN). Dalam status tersebut, UI wajib lebih mengedepankan kinerja pengelolaan sebuah universiti awam dengan prinsip-prinsip efisiensi, efektiviti, akuntabiliti, dan transparansi.
Ada 6 jenjang pendidikan atau program yang saat ini ada di Universiti Indonesia, yaitu:
Laman Rasmi Fakultas Perubatan Universiti Indonesia Diarkibkan 2021-02-13 di Wayback Machine
Laman Rasmi Fakulti Pergigian Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Kesihatan Masyarakat Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Kejururawatan Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Matematik dan Sains Alam Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Kejuruteraan Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Ilmu Komputer Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Hukum Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Ekonomi dan Bisnis Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Sains Budaya Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Psikologi Universiti Indonesia
Laman Rasmi Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universiti Indonesia
Laman Rasmi Program Pascasiswazah Universiti Indonesia
Laman Rasmi Program Vokasi Universiti Indonesia
Sebahagian besar informasi dikutip dari Situs Rasmi Universiti Indonesia
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.