From Wikipedia, the free encyclopedia
Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing (disebut [valeʁi ʒiskaʁ dɛstɛ̃ ,sebutan paling dekat [va.lé.ri jis.kar dés.taeng]; 2 Februari 1926 - 2 Disember 2020) ialah seorang negarawan negarawan Perancis yang berkhidmat sebagai Presiden Republik Perancis dari 1974 hingga 1981.[1]
Valéry Giscard d'Estaing | |
---|---|
Presiden Perancis | |
Dalam jawatan 27 Mei 1974 – 21 Mei 1981 | |
Perdana Menteri | Jacques Chirac Raymond Barre |
Didahului oleh | Georges Pompidou |
Digantikan oleh | François Mitterrand |
Presiden Majlis Daerah of Auvergne | |
Dalam jawatan 21 Mac 1986 – 2 April 2004 | |
Didahului oleh | Maurice Pourchon |
Digantikan oleh | Pierre-Joël Bonté |
Menteri Ekonomi dan Kewangan | |
Dalam jawatan 20 Jun 1969 – 27 Mei 1974 | |
Perdana Menteri | Jacques Chaban-Delmas Pierre Messmer |
Didahului oleh | François-Xavier Ortoli |
Digantikan oleh | Jean-Pierre Fourcade |
Dalam jawatan 18 Januari 1962 – 8 Januari 1966 | |
Perdana Menteri | Michel Debré Georges Pompidou |
Didahului oleh | Wilfrid Baumgartner |
Digantikan oleh | Michel Debré |
Butiran peribadi | |
Lahir | Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing 2 Februari 1926 Koblenz, Jerman yang diduduki Perancis |
Meninggal dunia | 2 Disember 2020 94) Authon, Perancis | (umur
Sebab kematian | COVID-19 |
Parti politik | CNIP (1956–1962) FNRI (1966–1977) PR (1977–1995) UDF (1978–2002) PPDF (1995–1997) DL (1997–1998) UMP (2002–2004) |
Pasangan | Anne-Aymone Sauvage de Brantes (k. 1952) |
Anak-anak | 4, termasuk Henri dan Louis |
Alma mater | École Polytechnique École nationale d'administration |
Tandatangan |
Sebagai Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Jacques Chaban-Delmas dan Pierre Messmer, beliau memenangi pilihan raya presiden 1974 dengan 50.8% undi terhadap François Mitterrand daripada Parti Sosialis. Tempohnya ditandakan dengan sikap yang lebih liberal terhadap isu-isu sosial seperti perceraian, kontrasepsi dan pengguguran-dan percubaan untuk memodenkan negara dan pejabat presiden, terutamanya melancarkan projek-projek infrastruktur yang luas seperti sistem kereta api TGV dan peralihan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga utama Perancis. Walau bagaimanapun, kemasyhurannya merosot berikutan ekonomi yang menyusul krisis tenaga 1973 lalu menandakan berakhirnya zamaan yang dikatakan sebagai kemakmuran hebat negara Perancis setelah redanya Perang Dunia Kedua iaitu "tiga puluh tahun yang gemilang" (Trente Glorieuses).
Giscard d'Estaing menghadapi penentangan politik dari kedua-dua belah spektrum politik - haluan kiri diketuai François Mitterrand serta haluan kanan yang membangkang polisi beliau diketuai Jacques Chirac yang memberi nafas baharu kepada fahaman Gaullisme. Pada tahun 1981, walaupun beliau mendapat undia popular yang tinggi, beliau kalah dalam pilihan raya semula menentang Mitterrand, dengan 48.2% undian diraih.[2]
Beliau dimasukkan sebagai anggota Académie française - akademi persuratan dan pelanngsungan bahasa Perancis tahun 2003.[3]
Pada 14 September 2020, Giscard dimasukkan ke dalam Hôpital Européen Georges-Pompidou Paris untuk merawat masalah pernafasan dihadapi[4] yang kemudiannya didapati merupakan suatu jangkitan paru-paru.[5] Beliau dirawat sekali lagi pada 15 November[6] sebelum dilepaskan lima hari kemudian.[7]
Giscard meninggal pada 2 Disember 2020 akibat komplikasi menghidap koronavirus[8] pada usia 94 tahun.[9][10][11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.