Vee Meng Shaw - Wikiwand
For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Vee Meng Shaw.

Vee Meng Shaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr.
Shaw Vee Meng
KelahiranVee Meng Shaw
1938
KediamanSingapura
WarganegaraSingapura
PekerjaanUsahawan, Ahli perniagaan, penerbit filem, dermawan, pelabur
Tahun aktif1958–kini
Ahli lembagaShaw Brothers
PasanganDuda
Anak1
Ibu bapaRun Run Shaw
Wong Mei Chun
SaudaraShaw So Man (邵素雯)
Shaw So Wan (邵素雲)
Harold Shaw Vee Chung (邵維鍾)
Shaw Violet
Shaw Dorothy

Vee Meng Shaw (lahir 1938) merupakan seorang tokoh filem, penerbit filem, usahawan, pelabur dan ahli perniagaan. Beliau merupakan salah seorang ahli lembaga Shaw Brothers. Beliau merupakan anak kepada penerbit filem veteran, mendiang Sir Run Run Shaw.

Kehidupan peribadi

Vee Meng Shaw atau nama asalnya Dr. Shaw Vee Meng merupakan anak sulung kepada tokoh perfilemen layar perak, Run Run Shaw. Vee Meng Shaw merupakan Ketua Yayasan Shaw di Singapura. Vee Meng Shaw merupakan lepasan barrister-at-law di Gray's Inn, London. Vee Meng Shaw merupakan rakyat Singapura dan berstatus duda anak satu.

Kerjaya

Beliau turut mengambil bahagian dalam perniagaan filem keluarganya sambil mengetuai beberapa pertubuhan program komuniti, penjagaan kesihatan, pendidikan, kesenian dan kebudayaan. Vee Meng Shaw dilahirkan sekitar tahun 1933, menyertai Malay Film Productions Ltd sebagai eksekutif studio pada tahun 1958 yang ketika itu berusia 25 tahun.[1]Beliau menyertai Studio MFP bersama sama sepupunya iaitu anak ketiga Runje Shaw (abang kepada Run Run Shaw), Shaw Vee Kong dan Shaw Vee Ngok untuk meneruskan perniagaan legasi keluarganya.

Pencapaian

Vee Meng Shaw diiktiraf sebagai manusia ke-42 terkaya di Singapura melalui Majalah Forbes terbitan tahun 2016. [2]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Vee Meng Shaw
Listen to this article