United States admiral From Wikipedia, the free encyclopedia
Laksamana Armada William Frederick Halsey, Jr., KBE (30 Oktober 30, 1882 – 16 Ogos 1959),[1] dikenali sebagai Bill Halsey atau "Bull" Halsey, ialah seorang panglima perang terkenal dalam Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Beliau merupakan salah seorang dari empat individu yang pernah mencapai pangkat Laksamana Armada Tentera Laut AS, yang lain-lain adalah Ernest King, William Leahy, dan Chester Nimitz.
William Halsey Jr. | |
---|---|
Nama lahir | William Frederick Halsey, Jr. |
Nama samaran | "Bull" Halsey (dalam media) "Bill" (bagi famili, sahabat, dan rakan sekerja tentera) |
Kelahiran | Elizabeth, New Jersey | 30 Oktober 1882
Meninggal dunia | 16 Ogos 1959 76) Fishers Island, New York | (umur
Tempat Bersemadi | Tanah Perkuburan Kebangsaan Arlington |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1904–1959 |
Pangkat | Laksamana Armada |
Arahan | Kapal USS Shaw Kapal USS Wickes Kapal USS Dale Kapal USS Saratoga NAS Pensacola Divisyen 2 Kapal Pengangkut Pasukan Petugas 16 Wilayah Pasifik Selatan Armada Ketiga Amerika Syarikat |
Pertempuran | Perang Dunia I
Perang dunia II |
Anugerah | Navy Cross Navy Distinguished Service Medal |
Dilahirkan di Elizabeth, New Jersey, Halsey mendapat ijazah dari Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1904. Beliau bertugas dalam Great White Fleet dan, semasa Perang Dunia I, memerintah kapal pembinasa USS Shaw. Beliau mengambil alih pemerintahan kapal pengangkut pesawat USS Saratoga pada tahun 1935 selepas menamatkan kursus dalam penerbangan laut, dan telah dinaikkan pangkat ke laksamana muda pada tahun 1938. Pada permulaan perang di Pasifik (1941–1945), Halsey memerintah pasukan petugas yang berpusat di kapal induk USS Enterprise (CV-6) dalam beberapa siri serangan terhadap sasaran milik Jepun.
Halsey telah dilantik Panglima, Kawasan Pasifik Selatan, dan memimpin tentera bersekutu di sepanjang Pertempuran untuk Guadalcanal (1942–43) dan pertempuran kepulauan Solomon (1942–45).[2] Pada tahun 1943 beliau dijadikan Panglima Armada Ketiga, jawatan yang disandang sepanjang peperangan.[3] Beliau mengambil bahagian dalam Pertempuran untuk Leyte Gulf, iaitu pertempuran laut terbesar dalam Perang Dunia Kedua dan, oleh beberapa kriteria, sebagai pertempuran laut terbesar dalam sejarah.
Sejurus selepas penyerahan kalah Jepun, 54 buah kapal Armada Ketiga, bersama bendera empat bintang Halsey berkibar dari kapal USS South Dakota, kembali ke Amerika Syarikat untuk acara tahunan Sambutan Hari Tentera Laut di San Francisco pada 27 Oktober 1945. Beliau menurunkan benderanya pada bulan November tahun itu dan telah diberikan tugas khas di pejabat Setiausaha Tentera Laut. Pada 11 Disember 1945, beliau mengangkat sumpah sebagai Laksamana Armada, menjadi pegawai keempat dianugerahkan pangkat itu dan yang paling terbaru. Laksamana Armada Halsey membuat perjalanan udara muhibah merentasi Amerika Tengah dan Amerika Selatan, yang meliputi hampir 28,000 kilometer dan 11 negara. Beliau bersara daripada perkhidmatan aktif pada Mac 1947, namun selaku Laksamana Armada beliau tidak boleh meninggalkan status tugas aktif.
Ditanya mengenai senjata yang digunakan untuk memenangi perang, Halsey berkata:
"Jika saya terpaksa memberi kredit kepada instrumen dan mesin yang kami menang perang di Pasifik, saya akan menaksir mereka dalam susunan ini: pertama kapal selam, kedua radar, ketiga kapal terbang, keempat jentolak"
Laksamana Halsey menyertai Persatuan New Jersey Anak-anak Revolusi Amerika pada tahun 1946.
Setelah bersara, beliau menyertai Lembaga Pengarah kepada dua subsidiari Syarikat Telefon dan Telegraf Antarabangsa, termasuk Perbadanan Kabel dan Radio Amerika, dan berkhidmat sehingga tahun 1957. Beliau mengekalkan pejabat di bahagian atas Bangunan ITT 67 Broad Street, New York semasa tahun 1950-an. Beliau terlibat dalam beberapa usaha untuk memelihara bekas kapal pemerintahnya, iaitu USS Enterprise (CV-6), sebagai sebuah memorial di pelabuhan New York. Ini terbukti sia-sia, kerana tidak mampu untuk mendapatkan pembiayaan yang mencukupi untuk mengekalkan kapal itu.
Leftenan Muda | Leftenan Madya | Leftenan | Leftenan Komander | Komander | Kepten |
---|---|---|---|---|---|
O-1 | O-2 | O-3 | O-4 | O-5 | O-6 |
2 Februari 1906 | 2 Februari 1909 | 2 Februari 1909 | 29 Ogos 1916 | 1 Februari 1918 | 10 Februari 1927 |
Laksamana Muda Rendah | Laksamana Muda Kanan | Laksamana Madya | Laksamana | Laksamana Armada |
---|---|---|---|---|
O-7 | O-8 | O-9 | O-10 | O-11 |
Tidak disandang | 1 Mac 1938 | 13 Jun 1940 | 18 November 1942 | 11 Disember 1945 |
Halsey tidak pernah memegang pangkat Leftenan Madya, kerana dilantik Leftenan penuh selepas tiga tahun berkhidmat sebagai Leftenan Muda. Atas sebab-sebab pentadbiran, rekod tentera laut Halsey menunjukkan beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan Madya dan Leftenan pada hari yang sama.
Pada hari kenaikkan pangkat Halsey ke Laksamana Muda, Tentera Laut Amerika tidak mengekalkan pangkat satu bintang (Komodor). Dengan itu Halsey dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda Kanan (dua bintang) secara terus dari Kepten.
Naval Aviator insignia | |
Navy Cross | |
Navy Distinguished Service Medal dengan tiga bintang emas | |
Army Distinguished Service Medal | |
Presidential Unit Citation (United States) berserta anugerah bintang | |
Mexican Service Medal | |
World War I Victory Medal berserta klasp Pembinasa | |
American Defense Service Medal berserta klasp Armada | |
Asiatic-Pacific Campaign Medal berserta 12 bintang tempur | |
World War II Victory Medal | |
National Defense Service Medal | |
Philippine Liberation Medal berserta dua bintang |
Brazil – Order of the Southern Cross (Grand Cross) | |
Chile – Al Merito, First Class, Insignia dan Diploma | |
Chile – Grand Cross of Order of Merit of Chile | |
Colombia – Grand Cross of Boyaca | |
Cuba – Order of Naval Merit (Cuba) | |
Ecuador – Order of Abdon Calderón | |
Greece – Order of the Redeemer | |
Panama – Orden Vasco Núñez de Balboa, Grand Cross | |
Peru – Order of Ayacucho | |
United Kingdom – Knight Commander of the Order of the British Empire (KBE) | |
Venezuela – Order of the Liberator |
Guatemala made him a Supreme Chief in the Order of the Quetzal.
|format=
requires |url=
(bantuan). New York: Little, Brown and Company. ISBN 978-0-316-09784-0.|chapterurl=
ignored (bantuan)|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.