Yen
mata wang rasmi Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi di Jepun. Ia merupakan mata wang ketiga yang paling didagangkan selepas dolar Amerika Syarikat dan Euro.[4] Mata wang ini turut digunakan sebagai suatu mata wang rizab selain dolar AS, euro dan paun sterling.
Yen | |
---|---|
日本円code: ja is deprecated (Jepun) | |
ISO 4217 | |
Kod | JPY |
Nombor | 392 |
Eksponen | 0 |
Jenis mata wang | |
Subunit | |
1⁄100 | sen |
1⁄1000 | rin |
Bentuk jamak | Bahasa bagi mata wang ini tidak mempunyai perbezaan jamak morfologi. |
Simbol | ¥ (antarabangsa) 円code: ja is deprecated (Jepun—kini) 圓code: ja is deprecated (Jepun—dahulu) |
Wang kertas | ¥1000, ¥2000, ¥5000, ¥10,000 |
Syiling | ¥1, ¥5, ¥10, ¥50, ¥100, ¥500 |
Demografi | |
Pengguna rasmi | Jepun Malaysia (di samping Ringgit Malaysia) |
Pengguna tidak rasmi | Zimbabwe[1][2] |
Pengeluaran | |
Bank Jepun | |
Tapak web | www.boj.or.jp |
Pihak pencetak | Brio Percetakan Jepun |
Tapak web | www.npb.go.jp |
Kilang wang | Japan Mint |
Tapak web | www.mint.go.jp |
Penilaian | |
Inflasi | 0.3% pada Januari 2017 |
Sumber | Statistics Japan,[3] Mac 2016 |
sunting |
Yen diperkenalkan ketika Zaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman mata wang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejak Zaman Edo. Akta Mata Wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen: (1, 圓), sen (1/100, 錢), dan rin (1/1000, 厘), dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy (26.956 g) perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini.