23

Tahun From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

23 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 23. Bagi kegunaan lain, sila lihat 23 (nombor).

Peristiwa

Mengikut tempat

Asia

  • Liu Xuan, keturunan keluarga diraja Dinasti Han dan ketua pemberontak terhadap Dinasti Xin, mengisytiharkan diri sebagai maharaja menentangi Wang Mang.
  • Jun - Pertempuran Kunyang: Selepad dikepung selama dua bulan, 9,000 orang pemberontak di bawah Liu Xiu menewaskan 450,000 orang askar Dinasti Xin, dan menyebabkan kejatuhan Wang Mang serta pemulihan Dinasti Han.

Empayar Rom

  • Strabo, ahli geografi Greek, menerbitkan Geografi, sebuah karya yang merangkumi dunia yang diketahui oleh orang-orang Rom dan Greek pada zaman Maharaja Augustus - karya itu merupakan buku jenisnya yang tunggal yang masih wujud daripada dunia purba.
  • Julius Caesar Drusus, anak Tiberius, meninggal dunia. Sejak dari masa itu, Tiberius kelihatan hilang minat akan empayarnya dan menghabiskan seluruh masanya untuk mengejar keseronokan.
  • Aelius Sejanus mula menguasai Senat Rom dan Tiberius, selepas kematian Julius Caesar Drusus.
  • Gaius Asinius Pollio, dan Gaius Antistius Vetus menjadi konsul-konsul Rom
Remove ads

Kelahiran

Kematian

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads