70

Tahun From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

70 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 70. Bagi kegunaan lain, sila lihat 70 (nombor).

Peristiwa

Mengikut tempat

Afrika

  • Septimius Flaccus dari Rom membuat satu ekspedisi ke selatan Mesir dan mungkin tiba di Sudan.
  • Ze-Hakèlé (Zoscales dalam bahasa Greek) menjadi raja Aksum.

Asia

Empayar Rom

  • Pembinaan bangunan Colosseum bermula (tarikh anggaran).
  • Frontinus menjadi praetoria Rom.
  • Pliny si Lebih Tua berkhidmat sebagai peguam cara di Gallia Narbonensis.
  • 5 Jun - Titus dan legion-legion Rom memecahkan tembok tengah Jerusalem.
  • 4 Ogos - Titus, jeneral dan bakal maharaja Rom, memusnahkan Candi Yahudi di Jerusalem sehingga hanya meninggalkan Tembok Barat yang kini terkenal. Rom menempatkan askar-askarnya di Jerusalem serta membatalkan kepaderian Yahudi dan majlis Sanhedrin. Ini kemudian dikenali sebagai Kejatuhan Jerusalem, suatu peristiwa yang tidak dapat dipertikaikan dalam Perang Pertama Yahudi-Rom. Selepas peristiwa ini, pimpinan agama Yahudi berpindah dari Jerusalem ke Jamnia (Yavne masa kini), dan kemusnahan Jerusalem dikabung setiap tahun dengan berpuasa pada hari Tisha B'Av.
  • Neapolis (Nablus masa kini) diasaskan di Provinsi Iudaea.
  • V Alaudae dan XV Primigenia, legion-legion Rom, dimusnahkan dalam Pemberontakan Batavia. Quintus Petillius Cerialis kemudian menewaskan tentera puak Batavia di bawah Gaius Julius Civilis.
  • I Germanica serta IIII Macedonica, legion-legion Rom, dibubarkan dan II Audiutrix ditubuhkan.
  • Domitian, bakal maharaja Rom, berkahwin dengan Domitia Longina.
  • Tentera Rom membuat ekspedisi punitif terhadap masyarakat Garamantes, dan memaksa mereka mengadakan hubungan yang rasmi dengan Empayar Rom.
  • Empayar Rom di bawah Vespasian mengilhakkan pulau Samothrace.

Mengikut tempat

Agama

  • Avignon menjadi sebuah pusat kawasan pentadbiran biskop.
Remove ads

Kelahiran


Kematian

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads