ATI Technologies

From Wikipedia, the free encyclopedia

ATI Technologiesmap
Remove ads

43°50′22.175″N 79°22′51.388″W

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, ISIN ...

ATI Technologies U.L.C. (singkatan: ATI) ialah pereka bentuk dan pembekal Kanada yang utama dalam bidang unit pemprosesan grafik, cipset papan ibu, dan kad paparan video serta juga merupakan syarikat unit pemprosesan grafik yang kedua terbesar di dunia.

ATI adalah syarikat semikonduktor tanpa pembikinan yang berbentuk termudah. Ia menjalankan penyelidikan dan pembangunan sendiri, dengan subkontrak pengilangan dan pemasangannya diberikan kepada pihak-pihak ketiga. Pada asalnya dibentuk pada tahun 1985, syarikat ini dibeli oleh AMD pada bulan Oktober 2006 dan kini beroperasi sebagai sebuah anak syarikat milik penuhnya.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ATI telah terlibat dalam persaingan tetap dengan NVIDIA, pesaing utamanya, untuk bahagian pasaran kad grafik "atasan". Sejak dari tahun 2004, barisan keluaran kemegahannya ialah siri kad grafik Radeon yang bersaing secara langsung dengan papan-papan yang menggunakan GeForce NVIDIA. Penguasaan pasaran oleh kedua-dua syarikat ini telah memaksa penjual-penjual yang lain untuk mengamalkan strategi peluang pasaran.

Remove ads

Lihat juga

  • AMD
  • AIGLX
  • fglrx – pemacu paparan Linux yang digunakan unutk kad video ATI
  • Perbandingan antara cipset ATI
  • Perbandingan antara unit-unit pemprosesan grafik ATI

Pautan luar

Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads