Al-Jahiz

From Wikipedia, the free encyclopedia

Al-Jahiz
Remove ads

'Abu 'Uthman 'Amr ibn Bakr al-Basri Al-Jahiz (Arab: أبو عثمان عمرو بن بحر الكناني البصري) atau juga dikenali sebagai Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku Kitāb al-Ḥayawān ("Kitab Haiwan-Haiwan"). Abu 'Uthman 'Amr lahir pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdad diasaskan kerajaan Abbasiyah Al-Mansur.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Awal hidup

Beliau dalam suatu buku dikarangnya menyatakan diri lahir di Basrah pada 160 TH atau kira-kira 776 M dalam kalangan suku Banu Kinanah,[4][5] datuknya bekerja sebagai seorang penunggang unta atau pembawa barangan.[6] Al-Nadīm ada melaporkan bahawa al-Jāḥiẓ dinyatakan sebaya dengan Abu Nawas[n 1] serta lebih tua dari al-Jammāz.[n 2][7] Beliau sekeluarga menjual ikan yang dipancing dari terusan-terusan Basrah untuk menyara hidup.

Remove ads

Kerjaya penulisan

Al-Bayan wa at-Tabyin adalah salah satu karya al-Jahiz yang kemudiannya, di mana dia menulis tentang epiphanies, pidato retorik, pemimpin mazhab, dan putera raja.

Al Bukhala (Buku Para Bakhil) - "Para Bakhil" terdiri daripada himpunan cerita yang menyindir gaya hidup orang berharta yang tamak dan bakhil.

Kitab Tabassur bi al tijarah -

Al-Hayawan - Kitab ensiklopedia haiwan

Persaraan

Beliau pulang kembali ke Basrah setelah 50 tahun berkhidmat di Baghdad lagi-lagi dengan keadaan beliau yang semakin leumpuh separa badan.

Beliau meninggal pada bulan Muharram 255 H atau Disember 868 – Januari 869 M;[8] beliau dipercayai meninggal akibat kemalangan di mana suatu timbunan buku besar menghempap beliau di perpustakaan peribadinya.[9][10]

Pengkaryaan

Kitāb al-Ḥayawān (كتاب الحيوان, "Kitab Haiwan-Haiwan") dikaryakan beliau setelah diupah sebanyak 5,000 kepingan emas atau 5 dinar oleh Muḥammad ibn ‘Abd al-Mālik al-Zayyāt;[11] ia menghimpunkan catatan pemerhatian dan penggambaran sebanyak 350 ekor spesies haiwan yang diketahui.[12]

Beliau turut menceburi seni sastera berkias, salah satu penulisan terkenalnya iaitu Al-Bukhalā’ (البخلاء, "Para Bakhil") terdiri daripada sebilangan cerita yang menempelak gaya hidup orang berharta yang tamak secara bersindir.

Remove ads

Nota

  1. Abū Nuwās al-Ḥasan ibn Hāni’ (d. 810), licentious poet and court companion of Hārūn al-Rashīd.
  2. Al-Jammāz Muḥammad ibn ‘Amr, Abū ‘Abd Allāh (d. 868/869) a satirist and storyteller at the court of al-Mutawakkil.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads