Al-Khawarizmi
ilmuwan Islam Parsi abad ke-9 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi [أبو عبد الله محمد بن موسى الخوارزمی] Error: {{Transliteration}}: transliteration text not Latin script (pos 1: أ) (help) atau Abū Jaʿfar Muḥammad ibn Mūsā al-Khwārizmī [أبو جعفر محمد بن موسى الخوارزمی] Error: {{Transliteration}}: transliteration text not Latin script (pos 1: أ) (help) atau juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) ialah seorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Iran. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra.
![]() |
Remove ads
Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah
Beliau telah menciptakan pemakaian sekan dan tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda, beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah balai cerap iaitu tempat mempelajari ilmu hisab dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayakan untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis ensiklopedia dalam pelbagai disiplin. Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik. Beliau juga menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu terkenal yang masih digunakan sampai sekarang.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads