Aeman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Aeman
Remove ads
Fakta Segera Tahun aktif, Kegiatan berkaitan ...

Sejarah Ringkas

Kumpulan Ae-Man merupakan sebuah kumpulan nasyid kanak-kanak yang bernaung di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB), iaitu syarikat yang juga menaungi kumpulan In-Team, UNIC & Mestica. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dengan album yang berjudul Iman Itu Di Hati.

Ahli-Ahli

Kumpulan Ae-Man pada asalnya dianggotai oleh 4 orang kanak-kanak lelaki. Seperti yang berlaku kepada kumpulan UNIC, kumpulan ini telah beberapa kali bertukar anggota atas faktor usia yang semakin meningkat. Pada tahun 2009, salah seorang daripada mereka iaitu saudara Hazmirul telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas. Kematian beliau telah menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 3 orang anggota. Namun kini, kumpulan ini telah dibubarkan kerana anggotanya sudah melanjutkan pelajaran dan sebahagiannya sudah berkerjaya. Berikut ialah anggota kumpulan Ae-Man yang terakhir sebelum berlakunya pembubaran :

  1. Mohd Zamri bin Safrizal
  2. Anas Aqeel bin Abdul Latif
  3. Abdul Kareem Hafiz bin Isa

Bekas ahli yang pernah menganggotai Ae-Man :

  1. Mohd. Tamlikha bin Abu Bakar
  2. Mohd. Afdhaluddin bin Suhaimi
  3. Ihsan Hizami bin Shamsuddin
  4. Ahmad Nazaruddin bin Azman
  5. Mohd. Daud bin Bahari
  6. Muhammad Safwan Jahri
  7. Muhammad Hazmirul bin Hasrul - meninggal dunia pada 23 Disember 2009
Remove ads

Album

Album-album Ae-Man mengikut turutan:

1. Iman Itu Di Hati (Hijjaz Records/NAR) -2000

  • Akhlak Bunga Diri
  • Buatmu Ibu
  • Cahaya Iman
  • Masa
  • Matlamat Kita
  • Rasul Mulia


2. Alif Ba Ta (Hijjaz Records/NAR) - 2002

  • Alif Ba Ta
  • Anak Derhaka
  • Bersyukur
  • Jasa Guru
  • Sekolah
  • Mari Bersembahyang
  • Nikmat Allah
  • Rasulullah Al Amin
  • Terima Kasih Ibu Ayah


3. Cahaya Hati (Hijjaz Records/EMI) - 2005

  • Ucapan Salam
  • Doa Murah Rezeki
  • Zikir 1
  • Zikir 2
  • Doa Belajar
  • Solla 'alaikallah
  • Doa Makan
  • Doa Selepas Makan
  • Zikir 3
  • Zikir Taubat
  • Doa Khatam Quran
  • Rasulullah
  • Zikir 4
  • Zikir 5
  • Doa Ayah Ibu
  • Doa Penerang Hati
  • Zikir 6
  • Zikir Munajat
  • Lafaz Niat Puasa
  • Doa Berbuka Puasa
  • Zikir 7


4. Permata Ayah Bonda (Hijjaz Records) - 2007

  • Pesan Berpesan
  • Permata
  • 25 Rasul
  • Di Sini Kita Berkumpul
  • Di Pondok Kecil
  • Selamat Hari Lahir
  • Rukun Islam
  • Anak Soleh
  • Ayah
  • Sepohon Kayu

Lagu-lagu

  1. Redha
  2. Insaf
  3. Ya Allah
  4. Terima Kasih
  5. Kau dan Aku
  6. Permata
  7. Ayah
  8. Untukmu Ibu
  9. Di Sini Kita Berkumpul
  10. Anak Soleh
  11. Di Pondok Kecil (feat. Bazli UNIC)
  12. Rasul Mulia
  13. Jangan Lupa Sembahyang

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads