Agen pengoksidaan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Agen pengoksidaan (juga dikenali sebagai bahan pengoksidaan atau pengoksida) merupakan suatu unsur yang menerima elektron daripada spesies kimia lain dalam satu tindak balas redoks (pengoksidaan-penurunan). Disebabkan agen pengoksidaan memperoleh elektron, ia dikatakan telah diturunkan dan sering kali disebut sebagai penerima elektron.

Contoh pengoksidaan

Pembentukan ferum(III) oksida (karat) melalui pengoksidaan besi:

Dalam tindak balas diatas, besi (Fe) mempunyai nombor pengoksidaan 0 sebelum tindak balas dan 3+ selepas itu. Untuk oksigen (O), nombor pengoksidaannya bermula dengan 0 dan dikurangkan kepada 2-. Perubahan ini boleh dilihat melalui dua "setengah tindak balas" (seimbang) yang berlaku serentak:

  • Setengah tindak balas pengoksidaan: 4Fe → 4Fe3+ + 12e
  • Setengah tindak balas penurunan: 3O2 + 12e → 6O2−

Besi (Fe) telah dioksidakan kerana nombor pengoksidaannya meningkat dan ia menjadi agen penurunan kerana ia memberikan elektron untuk oksigen (O). Oksigen (O) telah dikurangkan kerana nombor pengoksidaan tersebut telah berkurangan dan ia merupakan agen pengoksidaan kerana ia mengambil elektron daripada besi (Fe).

Remove ads

Lihat juga

  • Elektrosintesis
  • Pengoksidaan organik

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads