Airbus A330

From Wikipedia, the free encyclopedia

Airbus A330
Remove ads

Airbus A330 adalah pesawat komersil berbadan lebar berjulat sederhana jauh dikeluarkan oleh Airbus Industrie. Ia dikeluarkan serentak dengan A340. Pengeluaran A330 adalah untuk bersaing dengan Boeing 767 dan Boeing 757 yang dikeluarkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Fuselaj dan sayap A330 adalah mirip dengan A340 walaupun kedua-dua siri ini mempunyai enjin yang berbeza. Fuselaj A330 adalah berdasarkan A300 dan A330 dilengkapi dengan sistem terbang dengan dawai dan dek penerbangan dari Airbus A320

Fakta Segera Peranan, Pengeluar ...
Thumb
Airbus A 330-200 milik Air Seychelles
Thumb
Airbus A330 milik Air Canada
Thumb
Airbus A330-200 milik Garuda Indonesia
Remove ads

Variasi

Terdapat dua variasi A330 iaitu A330-300 (mempunyai fuselaj yang panjang) dan A330-200 (mempunyai fuselaj yang pendek)

A330-200

A330-200 dibangunkan untuk menggantikan A300-600R dan digunakan untuk bersaing dengan 767-300ER. Ia merupakan versi pendek -300.Penjualan A330 adalah antara yang terbaik dan dikatakan telah berjaya mengalahkan penjualan 767.

Operator-operator bagi A330-200 ialah Aer Lingus, Air France, Batavia Air, Austrian Airlines, Emirates, EVA Air, Gulf Air, LTU, Lufthansa, Malaysia Airlines, Qantas, Qatar Airways, Garuda Indonesia, dan TAM.

A330-300

A330-200 , seperti -200, dibangunkan untuk menggantikan A300. Fuselajnya berasaskan A300-600 yang telah dipanjangkan dan dilengkapi dengan sayap yang baru, pengimbang dan perisian terbang dengan dawai.

Operator-operatirnya ialah Aer Lingus, Air Canada, Cathay Pacific Airways, China Airlines, Dragonair, Garuda Indonesia, Korean Air, Malaysia Airlines, Northwest Airlines, Philippine Airlines, Qantas, SAS, SN Brussels Airlines, Thai Airways International, dan US Airways.

A330 MRTT

Airbus A330 MRTT dan variasi A330-200 yang berfungsi sebagai Pesawat tangki pelbagai fungsi dan mempunyai penghubung isian semula. Pada Januari 2004, Kementerian Pertahanan UK memilih A330 MRTT untuk berkhidmat dengan Royal Air Force.

A330-200Lite

A330-200Lite merupakan variasi A330 dimana beratnya akan dikurangkan dan enjin baru akan digunakan bagi menyayingi 787-9. Ia kemudian ditukar nama menjadi A350.

Remove ads

Spesifikasi

Maklumat lanjut A330-200, A330-300 ...
Remove ads

Kecelakaan

(Bagi rekod sehingga 2004)

  • Hilang kawalan: 1 dengan kehilangan jiwa seramai 7
  • Lain-lain: 1 dengan kehilangan jiwa seramai 0
  • Rampasan pesawat: 2 dengan kehilangan jiwa seramai 1

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads