Akademi Seni Filem dan Televisyen British

persatuan perdagangan bebas yang menyokong industri filem, televisyen dan permainan video From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Akademi Seni Film dan Televisyen Britain (British Academy of Film and Television ArtsBAFTA) adalah suatu badan amal bebas yang menyokong, membangun dan menggalakkan bentuk seni imej bergerak – filem, televisyen, dan permainan video di United Kingdom. Ia mengadakan program dan inisiatif yang menawarkan akses untuk pencungkilan bakat melalui bengkel, kelas utama, biasiswa, kuliah dan skim mentor di United Kingdom dan Amerika Syarikat sepanjang tahun. Malah, ia turiut mengadakan suatu acara penganugerahan khas pada setiap musim luruh.

Fakta Segera Kerangka, Kependekan ...

Badan ini asalnya ditubuhkan pengarah-pengarah dan tokoh tersohor dalam perfileman Britishimej mulai keluar sebagai Akademi Filem Britain (British Film Academy) pada tahun 1947,[1][2] dengan David Lean sebagai pengerusi pertama akademi ini.[3]

Remove ads

Anugerah

Anugerah Filem 

Anugerah Filem Akademi Britain (British Academy Film Awards)[4] atau "The BAFTAs", diberika  kepada sebrang karya daripada mana-mana negara yang pernah dilihat dalam panggung wayang British pada tahun sebelumnya.[5] Upacara telah diadakan sejak tahun 2017 di Royal Albert Hall. [6] [7] Penganugerahan ini diadakan pada bulan Februari bagi mendahului acara-acara Anugerah Akademi.

Anugerah Televisyen dan Anugerah Seni Televisyen

Anugerah Televisyen Akademi British biasanya diadakan pada bulan April atau Mei dengan Anugerah Seni Televisyen yang menyusul dalam masa beberapa minggu.

Anugerah Permainan Video

Anugerah Permainan Video Akademi British diadakan pada bulan Mac, tidak lama setelah berlangsungnya Anugerah Filem pada bulan Februari.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads