Al Jazeera

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Al Jazeera (bahasa Arab: الجزيرة), yang bermaksud "Semenanjung" dalam bahasa Arab, ialah saluran berita dan ehwal semasa 24 jam bahasa Arab yang beribu pejabat di Doha, Qatar. Ia kini merupakan antara rangkaian media terbesar Arab di bawah syarikat induk Al Jazeera Satellite Network pemiliki dan pengendali beberapa saluran dedikasi lain seperti Al Jazeera English.

Fakta Segera Negara, Kawasan penyiaran ...

Al Jazeera mendapat perhatian dunia selepas peristiwa serangan 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat apabila ia menayangkan rakaman siaran para pemimpin Al Qaeda seperti Osama bin Laden. Sejak itu, ia banyak menimbulkan perasaan prasangka terutama sekali di kalangan ahli dan para pemimpin politik Amerika Syarikat seperti Donald Rumsfeld. Saluran berkenaan juga banyak menimbulkan kontroversi di kalangan pemimpin dan kerajaan Arab dengan laporan warta berita yang berani dan mencabar.

Kehadiran Al Jazeera secara tidak langsung telah banyak mengubah lanskap dan geopolitik dunia Arab. Ramai bersetuju[siapa?] ia banyak menyumbang ke arah kebebasan bersuara di kalangan media Arab, sesuatu yang asing sebelum kemunculan saluran berkenaan.

Remove ads

Sejarah

Sejarah penubuhan Al Jazeera bermula pada tahun 1995 apabila Perbadanan Penyiaran Britain, BBC World Service menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat komunikasi Arab Saudi, Orbit Communications, bagi menubuhkan sebuah saluran berita bahasa Arab untuk saluran syarikat berkenaan. Walau bagaimanapun, kebebasan editorial pintaan BBC diketepikan oleh kerajaan Arab Saudi.

Pada bulan April 1996, BBC menyiarkan sebuah laporan hak asasi manusia di Arab Saudi yang menimbulkan kemarahan kerajaan negara tersebut sekaligus menyebabkan Orbit Communications membatalkan perjanjian siaran. Saluran berkenaan dihentikan setelah beberapa bulan beroperasi. Berikutan itu dan bosan dengan penindasan kebebasan bermedia menyebabkan ramai tenaga kerja BBC World Service menyertai Al Jazeera dan pada 30 November 1996, Al Jazeera memulakan siaran secara rasmi dengan dana sebanyak US$150 juta ehsan Emir Qatar.

Remove ads

Operasi

Pusat operasi utama dan pusat penyiaran Al Jazeera terletak di Doha, Qatar dan disokong oleh lebih 40 jabatan biro berita antarabangsa. Kebanyakan jabatan biro berita Al Jazeera berada di Timur Tengah dan benua Afrika dan Madagascar

Matlamat utama Al Jazeera adalah untuk beroperasi sepenuhnya melalui pendapatan pengiklanan menjelang tahun 2001. Walau bagaimanapun, saluran berkenaan gagal mencapai matlamat tersebut dan Emir Qatar bersetuju untuk terus menyalurkan sumbangan dana dan subsidi bagi membiayai operasi saluran tersebut setiap tahun. Pendapatan utama lain termasuk pengiklanan, yuran langganan, perjanjian penyiaran dengan syarikat lain dan jualan kandungan. Pada tahun 2000, pengiklanan telah menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah keseluruhan pendapatan Al Jazeera.

Remove ads

Kontroversi & kritikan

Dunia Arab

Al Jazeera banyak menimbulkan kontroversi di kalangan negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait dan Qatar melalui laporan warta berita dan rancangan terbitan siarannya. Akibatnya, ramai pemberita dan wartawan saluran berkenaan diusir keluar dan dihalang dari negara-negara terlibat. Sebagai contoh, kerajaan Bahrain menuduh Al Jazeera sering berpihak kepada Israel dan menentang negara kecil teluk tersebut. Selain itu, pandangan kontroversi hubungan sukar antara dua negara Lubnan dan Syria dan badan kehakiman di Mesir juga banyak menimbulkan kemarahan pelbagai pihak berkuasa.

Al Jazeera kadangkala mengambil pendekatan yang penuh drastik. Misalnya pada 27 Januari 1999, Al Jazeera secara terbuka mengkritik kerajaan Algeria ketika rancangan siaran langsung The Opposite Direction, menyebabkan kerajaan negara tersebut memotong bekalan tenaga elektrik ke sebahagian besar ibu negara Algeria iaitu Algiers bagi menghalang penduduk tersebut menerima siaran saluran tersebut.

Kini, Al Jazeera dilihat sebagai saluran berita yang bersikap optimis dan lebih menekankan kisah-kisah kemanusian dan hak keamanan masyarakat dunia khususnya di bahagian negara-negara timur tengah. Sebagai contoh, dalam tragedi serangan dan pengepungan kapal-kapal aktivis bantuan ke Gaza edisi Mei-Jun 2010, Al Jazeera dilihat sering mengutamakan hak-hak rakyat Palestin di bumi mereka dan sentiasa melontarkan persoalan tentang kerelevanan penahan hantaran bantuan ke Gaza oleh tentera Israel. Dalam suatu rancangan terbitannya, Inside Iraq, Al Jazeera juga mengetengahkan isu-isu berkaitan kemanusiaan dan hak kehidupan sebenar rakyat Iraq selain mengadakan debat antara pemimpin pro-Amerika dan para pengkritik dalam isu Iraq dan timur tengah.

Dunia barat

Di kalangan dunia barat, media dan kerajaan Amerika Syarikat ialah pengkritik terhebat Al Jazeera yang dituduh sebagai suara dan lidah pengganas. Kesan akibat tuduhan tersebut menyebabkan Jabatan Biro Berita Kabul Al Jazeera dibom pada bulan November 2001 dalam satu serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat. Ia mengakibatkan Tariq Ayoub, wartawan saluran berkenaan meninggal dunia dalam serangan udara tersebut. Jurukamera Al Jazeera, Sami Al Hajj ditahan ketika bersinggah di Afghanistan pada bulan Disember 2001 dan kini masih berada dalam tahanan Amerika Syarikat di Kem Delta, Teluk Guantánamo.

Kritikan

Pengkritik Al Jazeera menuduh bahawa sensasi terbitan saluran tersebut disengajakan bagi meningkatkan jumlah penonton saluran berkenaan. Walau bagaimanapun, ramai juga[siapa?] yang bersetuju bahawa kehadiran Al Jazeera di kalangan dunia Arab banyak membantu ke arah kebebasan bersuara media Arab, sesuatu yang asing sebelum kemunculan saluran berkenaan.

Remove ads

Rangkaian media Al Jazeera

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads