Amina

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Amina merupakan sebatian organik dan kumpulan berfungsi yang menganduni satu atom nitrogen bes dengan pasangan tersendiri. Amina adalah terbitan ammonia, di mana satu atau lebih atom hidrogen digantikan dengan bahan pengganti organik seperti kumpulan alkil dan aril. Sebatian dengan atom nitrogen bersebelahan dengan karbonil dalam struktur R-C(=O)NR2 dipanggil amida dan mempunyai ciri-ciri kimia yang berbeza. Contoh amina yang utama termasuklah asid amino, amina biogeni, trimetilamina dan anilin; lihat Kategori:Amina untuk senarai amina.

Remove ads

Jenis-jenis amina

Amina primer (1°) Amina sekunder (2°) Amina tertier (3°)
Thumb Thumb Thumb

Sebatian-sebatian amina boleh dikategorikan kepada tiga jenis, bergantung kepada bilangan atom karbon (kumpulan alkil atau aromatik) yang terikat terhadap atom nitrogen.[1]

  • Amina primer (1°): Amina di mana satu kumpulan alkil atau aromatik terikat dengan atom nitrogen seperti anilin.
  • Amina sekunder (2°): Dua kumpulan alkil atau aromatik terikat dengan atom nidrogen seperti dimetilamina.
  • Amina tertier (3°): Tiga kumpulan alkil atau aromatik terikat dengan atom nidrogen seperti trimetilamina.
Remove ads

Keselamatan

Amina ringkas dengan berat molekul yang kecil seperti etilamina hanya toksik lemah dengan LD50 antara 100 dan 1000 mg/kg. Ia boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit, terutamanya kerana sesetengahnya mudah diserap melalui kulit. Amina ialah sebatian yang mempunyai kelas yang luas, kelas yang lebih kompleks boleh menjadi sangat bioaktif, contohnya strychnine dan heroin.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads