Cypripedioideae

From Wikipedia, the free encyclopedia

Cypripedioideae
Remove ads

Cypripedioideae ialah subkeluarga anggerik yang sering dikenali sebagai anggerik selipar, orkid selipar atau bunga kasut.[1][2] Genus-genus Cypripedioideae termasuk Cypripedium, Mexipedium, Paphiopedilum, Phragmipedium dan Selenipedium.[3] Ia dicirikan oleh kantung bunga (lidah terubah suai) yang berbentuk selipar – kantung ini memerangkap serangga untuk dipaksa memanjat ke staminodus di belakang, tempat terkumpul dan tersimpannya polinium, sehingga mendebungakan bunga. Terdapat sekitar 165 spesies dalam subkeluarga ini.

Thumb
Bunga kasut dadu di Nova Scotia, Kanada

Fakta Segera Anggerik selipar, Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Taburan

Spesies dalam Cypripedioideae terdapat di utara Amerika Selatan dan Amerika Tengah (Mexipedium, Phragmipedium, Selenipedium), sekeliling utara Amerika Utara, Eropah, Afrika (Algeria[4]) dan selatan Asia (Cypripedium) seperti di tropika dan subtropika Asia Tenggara (Paphiopedilum). Ia tidak ditemukan di Australia dan Afrika. Taburannya mungkin tersebar dari titik asalnya di Amerika Tengah.

Taksonomi

Fail:Cypripediumcalceolus-levels.jpg
Anggerik selipar wanita (Cypripedium calceolus)

Subkeluarga Cypripedioideae monofilik dan terdiri daripada lima genus:

  • Cypripedium, ditemukan di kebanyakan Amerika Utara, seperti di sebahagian Eropah (satu spesies), Afrika (ditemukan pada 2019 hanya di Algeria[5]) dan Asia. Bunga negeri Minnesota ialah bunga kasut cantik (Cypripedium reginae); bunga kasut dadu (Cypripedium acaule) pula bunga rasmi wilayah Kanada di Pulau Prince Edward.
  • Mexipedium, genus monotip, terdiri dari spesies tunggal yang dijumpai di penempatan tunggal di Oaxaca, Mexico.
  • Paphiopedilum, dijumpai di hutan tropika Asia Tenggara sehingga sejauh ke utara Selatan China. Paphiopedilum agak mudah ditanam sehingga terkenal di kalangan penggemar anggerik. Namun, pengumpulan berlebihan genus ini sangat meluas sehingga banyak spesies kini kurang berdaya hidup di habitat liar.
  • Phragmipedium, dijumpai di utara Amerika Selatan dan Tengah, turut mudah ditanam lantaran ia memerlukan suhu lebih rendah berbanding Paphiopedilum lantas mengetepikan keperluan rumah hijau di banyak kawasan.
  • Selenipedium, dijumpai di Amerika Selatan dan Tengah.
Remove ads

Kacukan intergenus

Kacukan antara genus dalam subkeluarga ini diletakkan dalam notogenus berikut:[6]

  • Cyphiopedilum (Cphd.) = Cypripedium × Paphiopedilum
  • Cyphragmipedium (Cgd.) = Cypripedium × Phragmipedium
  • Phragmipaphium (Phrphm.) = Paphiopedilum × Phragmipedium

Kacukan antara genus luar subkeluarga tidak dikenal pada 2017.

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads