Anggi Marito

Penyanyi dan pelakon wanita Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Anggi Marito
Remove ads

Anggi Marito Tiodora Simanjuntak (lahir 6 Mac 2002; umur 23 tahun) merupakan penyanyi dan pelakon Indonesia. Anggi merupakan pemenang ketiga dalam siaran Indonesian Idol musim kesebelas oleh stesen televisyen RCTI pada tahun 2020-2021.[1] Anggi dikenali sebagai penerima golden ticket pertama pada musim tersebut.[2] Selepas Indonesian Idol, Anggi menyertai syarikat rakaman Universal Music Indonesia dan mengeluarkan single pertamanya bertajuk "Cara Mencintaimu" pada 12 November tahun 2021.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...

Pada tahun 2023, single keduanya bertajuk "Tak Segampang Itu" berjaya mengungguli pelbagai carta muzik digital di Indonesia dan Malaysia termasuk mengungguli carta yang disusun oleh Billboard iaitu Indonesia Songs selama 9 minggu berturut-turut[4] serta Malaysia Songs selama seminggu.[5]

Remove ads

Kehidupan awal dan pendidikan

Anggi dilahirkan dengan nama Anggi Marito Tiodora Simanjuntak pada 6 Mac 2002 di Tarutung, Tapanuli Utara, Sumatera Utara. Anggi merupakan anak tunggal kepada bapa Junior Efendi Simanjuntak[6] yang bekerja sebagai usahawan sebagai pemilik kedai.[7] Keluarga Anggi berasal dari kampung Lumban Pinasa, Garoga, Tapanuli Utara tetapi kemudian menetap di Batam, Kepulauan Riau kerana pekerjaan ibu bapanya.[8]

Anggi mengakui dia meminati dunia muzik sejak di bangku sekolah rendah. Beliau pernah mengikuti pelajaran piano dan daripada kumpulan pianonya dia dianggap mempunyai potensi menyanyi. Minatnya terhadap nyanyian bertambah apabila dia melihat ibunya berlatih koir di gereja. Kemudian dia mengikuti ibunya yang menjadi salah seorang penyanyi koir, dia mula diajar beberapa teknik asas vokal. Sejak itu, Anggi mula mempraktikkan bakat nyanyiannya di gereja. Beliau mula fokus pada nyanyian sejak kelas 2 SD. Selepas sering menyanyi dalam aktiviti gereja, Anggi kemudiannya menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak sekolah menengah.[9][10] Sebelum menjadi penyanyi profesional, Anggi bekerja sebagai penyanyi orkestra.[11]

Anggi belajar sekolah SMP dan SMA di Sekolah Yos Sudarso Batam.[12] Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah pada tahun 2020, Anggi meneruskan pendidikan kolej di Universiti Multimedia Nusantara dengan program pengajian Kewartawanan. Untuk 4 semester pertama, Anggi menjalankan pendidikan dalam talian kerana pandemik COVID-19.[13]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada 15 Februari 2023, Anggi berkongsi detik itu melalui akaun Instagram peribadinya bahawa dia dilamar oleh teman lelakinya Kenjiro Sabato Ganessha, yang bekerja sebagai juruterbang.[14][15] Kedua-dua mereka kemudiannya melangsungkan perkahwinan secara rasmi pada 18 November 2023 di Gereja Katolik Santo Servatius, Bekasi.[16][17]

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads